Proteo, Anjing SAR Dari Mexico Terkorban Ketika Bertugas Cari Mangsa Gempa Bumi

Anjing SAR Mexico

Proteo, Anjing SAR Dari Mexico Terkorban Ketika Bertugas Cari Mangsa Gempa Bumi

Seekor anjing yang digelar “paling berani di dunia” dilapor terkorban ketika cuba menyelamatkan mangsa yang terselamat dalam kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria, lapor Daily Star.

Anjing pasukan SAR Mexico yang bernama Proteo itu telah diterbangkan dari Mexico untuk membantu usaha mencari mangsa susulan dua gempa bumi besar pada minggu lalu.

Anjing yang berani itu telah mati semasa menjalankan tugasnya, umum kementerian pertahanan Mexico pada Ahad lalu.

“Anggota Tentera dan Tentera Udara Mexico amat berdukacita dengan kehilangan sahabat hebat kami, Proteo. Dia telah memenuhi misinya sebagai anggota Delegasi Mexico dalam mencari dan menyelamat saudara-saudara kita di Turkiye,” tulis kenyataan tersebut.

Kami bangga dengan anda

“Kami berbangga dengan anda,” tambah menteri pertahanan itu lagi.

Seorang askar yang dilaporkan bekerja dengan Proteo berkata: “Saya ingin memberitahu anda bahawa saya bangga dengan anda. Kerana sentiasa menjadi anjing yang kuat, dan tidak pernah berputus asa.”

Kredit Newsfalsh

Sementara itu, ramai pengguna media sosial memuji Proteo atas usahanya. Terdapat juga orang yang menuntut butiran lanjut tentang keadaan kematian anjing penyelamat yang berani itu.

Operasi mencari dan menyelamat di Turkiye bukan sahaja melibatkan pasukan dari Mexico. Malah negara Malaysia juga telah menghantar pasukan penyelamat bagi membantu menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam runtuhan gempa bumi.

Siakap Keli sebelum ini pernah melaporkan berkenaan dua hero anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang pernah terlibat misi SAR tragedi Batang Kali dilaporkan telah berlepas ke Istanbul. Penerbangan itu dibuat bagi membantu mengesan mangsa tragedi gempa bumi di Turki.

Menurut perkongsian BERNAMA TV di Twitter, dua anjing yang bernama Denti dan Frankie itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Mereka akan menaiki penerbangan Turkish Airlines bagi misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turki tersebut.

Gempa bumi yang melanda bermagnitud 7.8 dan 7.5 itu telah memusnahkan kedua-dua negara Turkiye dan Syria dalam kejadian awal minggu lalu.

Selain itu, angkat kematian juga dilaporkan telah meningkat sehingga 33,185 dan berkemungkinan besar akan meningkat lebih banyak lagi.

Para pegawai secara terbuka berkata bahawa kerosakan yang disebabkan oleh dua gempa bumi itu menjadi lebuh teruk kerana pemaju hartanah mengambil mudah dalam pembinaan.

Pegawai itu telah mengumumkan pada 12 Februari bahawa negara itu akan menyiasat seramai 131 orang. Kerana telah membina bangunan yang telah menyebabkan kematian yang besar di Turkiye.

Sumber: Daily Star

The post Proteo, Anjing SAR Dari Mexico Terkorban Ketika Bertugas Cari Mangsa Gempa Bumi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*