Kesejahteraan Rakyat Terus Menjadi Agenda & Fokus Utama KPKT

SELANGOR, 11 Julai 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM8.24 juta kepada Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Bandaraya Subang Jaya bagi menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam di Negeri Selangor.

YB KM telah turun padang dalam siri lawatan kerja beliau sempena Program Sentuhan Kasih KPKT pagi ini bagi meninjau keperluan kemudahan awam serta infrastruktur di Taman Tasik Cempaka, Pasar Bazar Rakyat Seri Kembangan serta tapak Laman Niaga Komuniti Sungai Long, Kajang.

YB KM telah mengumumkan peruntukan yang melibatkan enam (6) buah projek seperti berikut;

1. Kerja-kerja membaiki jalan dan menaiktaraf Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Mukim Kajang;
2. Membaik pulih Pasar Bazar Rakyat di Jalan SK 6/1, Seri Kembangan; 3. Membina dan menyiapkan pejabat pengurusan, tandas awam, tempat pembuangan sampah dan struktur berbumbung di tapak Laman Niaga Komuniti Sungai Long, Mukim Cheras;
4. Kerja-kerja kecemasan pembaikan cerun runtuh di kawasan lapang di Taman Sri Raya, Cheras;
5. Kerja-kerja kecemasan pembaikan cerun di bahagian belakang deretan kediaman Taman Bukit Mewah, Kajang; dan
6. Kerja-kerja kecemasan membaiki runtuhan cerun di belakang rumah Jalan Legenda 1, Taman Legenda, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat.

Menurut YB KM, “Kerajaan Persekutuan yakin ‘sentuhan kasih KPKT’ yang telah diberikan adalah berdasarkan keperluan menerusi inisiatif KPKT dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk khususnya di Bangi, Seri Kembangan, Sungai Long, Cheras, Kajang dan Hulu Langat.”

Tambah beliau, “Keseluruhan peruntukan naik taraf kemudahan awam dan infrastruktur ini merupakan “performance-based budget” atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.”

Turut hadir semasa lawatan kerja tersebut ialah YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT; Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan; YBrs. Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang; YBrs. Tuan Haji Mohd Zulkurnain bin Che Ali, Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya serta Pengurusan Tertinggi KPKT dan ketua jabatan peringkat negeri dan daerah.

KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat.

The post Kesejahteraan Rakyat Terus Menjadi Agenda & Fokus Utama KPKT appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*