Puas Hati Tengok, Ini Kaedah Tanam Daun Sup “Giant”

kaedah tanam daun sup

Puas Hati Tengok, Ini Kaedah Tanam Daun Sup “Giant”

Daun sup sememangnya terkenal dalam masakan di Malaysia. Sebahagian besar penggunaannya dalam masakan adalah untuk membangkitkan aroma selain menjadi bahan utama.

Disebabkan itu, ramai yang mula menanam sendiri daun ini kerana lebih mudah ‘diambil’  berbanding keluar membeli di pasar. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui cara penanamannya.

Oleh itu, tumbuhan ini tidak dapat membesar pada tahap yang optimum. Jadi, SK hari ini akan berkongsikan kaedah penanaman tumbuhan ini oleh Cikgu Kebun (CK) atau Mohd Syafiq Ahmad Khasasi di bawah.

Tip Daun Sup “Gemok” 

Gambar: CK

Sembilan Cara Tanam Daun Sup “Giant” Gemok dari  Cikgu Kebun (CK).

Ini antara tip dari CK yang hangpa boleh cuba semai daun sup dari biji benih supaya berjaya tanam.

Tips tanam pokok Daun Sup dari biji benih ni mudah sahaja. Ramai orang gagal tanam pokok daun sup tapi pokok ni ramai org suka sebenarnya. 

Tanam daun sup
Gambar: CK

CK juga ada kongsikan tip mudah secara LIVE bagaimana nak tanam pokok ni. Pokok daun sup untuk bagi tahan lama dan subur gebu kita kena semai dia dengan biji benih. 

BACA: Ada Alatan Khas, Ini Rupanya Cara Angkasawan Potong Rambut

Selalunya orang akan beli pokok sup di pasar dan tanam dia semula. Tapi pokok tak dapat hidup lama. Last-last kita kecewa.

Jadi CK cuba bantu hangpa bagi berjaya tanam pokok daun sup. Raya korban dah dekat ni, hangpa mesti nak masak sup daging kan nanti hehe.

Tanam daun sup
Gambar: CK

Ada sembilan teknik mudah yang hangpa boleh cuba dengan step yang CK nak ajar ini. 

Pemilihan jenama biji benih

Pertama, selalunya CK akan guna brand yang berkualiti supaya peratus tumbuh tinggi antara jenama yang selalu CK guna adalah GreenWorld dan Ria Organik.

Teknik semaian biji benih

Kedua, CK suka gunakan teknik macam tabur dedak ayam atas medium supaya anak pokok sup tumbuh banyak. Medium semai yang CK guna adalah Peatmoss. 

Lokasi semai dan tanam

Ketiga, ada dua kaedah yang selalu CK buat iaitu semai terus di tempat panas atau semai dan letakkan di tempat redup. Kedua-dua cara ini berjaya jika faham teknik cahaya dan siraman air. 

Tanam daun sup
Gambar: CK

Kadar siraman air

Keempat, semasa semai kita kena pastikan media semai sentiasa lembab dan bila tumbuh kekalkan sehari dua kali siram.

Penjarangan anak pokok

Kelima, cara ini akan memberi ruang untuk pokok sup besar dan menjadi giant, hangpa pastikan sepasu hanya sepokok sahaja hangpa tanam.

BACA JUGA: Monyet Pandai Buat Sistem “Barter”, Dapat Air Baru Bagi iPhone Semula

Pemilihan baja

Keenam, CK menggunakan dua jenis baja iaitu Baja wangi serbuk organik dan Baja Liquid Organic Fertilizer(LOF). Hangpa tabur baja serbuk dua minggu sekali seronok baja ni sebab dia bau wangi dan siram baja cecair LOF kekerapan seminggu tiga kali.

Kawalan Serangga dan Kulat

Gambar: CK

Ketujuh, selalunya serangga jenis bena putih dan kulat akan rosakkan pokok kita bagi menjaga pokok sup tahan lama semburan Cuka Kayu dan Bio Control dibuat seminggu sekali. 

Medium tanaman 

Kelapan, untuk pokok sayur jenis ini CK suka mengunakan campuran Tanah Merah, Sabut kelapa, Sekam bakar, sekam mentah dan baja wangi serbuk di gaul di dalam medium dengan nisbah 3:2:1:1:1.

Pencahayaan

Tanam daun sup
Gambar: CK

Terakhir, pokok jenis daun sup ini tidak suka cahaya terus jadi bagusnya hangpa letak pokok ini bernaung di bawah pokok lain atau di tepi kawasan rumah hangpa yang cahaya cerah sahaja. 

Insya Allah inilah teknik mudah yang CK gunakan untuk kaedah penanaman daun sup giant.

Kalau hangpa nak belajar cara tanam pokok-pokok ni bagi berjaya subur cantik, Macam mana cara pembajaan, kawalan serangga dan teknik tanaman yang betul supaya hangpa tak “give up”,

Insya allah hangpa boleh belajar bersama cikgu kebun di TikTok cikgu kebun, page Gardening by Cikgu Kebun dan YouTube channel Cikgu Kebun.

Macam-macam CK kongsi ilmu penanaman dalam tu, hangpa boleh belajar slow-slow. Hangpa tengok la gambar last sekali malam-malam pun ambik gambaq dengan daun sup giant lagi hehe.

Sumber: Gardening By Cikgu Kebun

The post Puas Hati Tengok, Ini Kaedah Tanam Daun Sup “Giant” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*