Polis Siasat Empat Kes Pecah Amanah Kutipan Zakat RM9.7 Juta

polis siasat pecah amanah

Polis Siasat Empat Kes Pecah Amanah Kutipan Zakat RM9.7 Juta

KUALA LUMPUR —  Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat empat kes pecah amanah membabitkan kutipan zakat bernilai RM9.7 juta sepanjang tahun 2023, lapor Bernama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed berkata, dua daripada kes berkenaan adalah di Selangor dan dua lagi masing-masing di Terengganu dan Perak.

“Kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM9.6 juta. Dalam kes ini, syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak disyaki gagal mendepositkan wang kutipan zakat sejak Mac hingga September 2023.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Amat mendukacitakan apabila wang zakat turut diselewengkan oleh individu-individu yang diamanahkan untuk mengutip wang tersebut,” katanya pada hari ini.

BACA: Sambut “Birthday” Ke-191 Tahun, Kenali Jonathan, Kura-Kura Paling Tua Di Dunia

Tambahnya, Wang kutipan zakat hendaklah diuruskan dengan baik mengikut kehendak agama.

“JSJK memberi amaran keras kepada pelaku-pelaku bahawa tindakan tegas akan diambil bagi memastikan jenayah seperti ini tidak berulang,” maklumnya lagi.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Siasat Empat Kes Pecah Amanah Kutipan Zakat RM9.7 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*