Puasa Lagi Sebulan, Ini Cara Bayar Fidyah Guna Kalkulator Fidyah Puasa MAIS

kalkulator fidyah puasa mais

Puasa Lagi Sebulan, Ini Cara Bayar Fidyah Guna Kalkulator Fidyah Puasa MAIS

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling dinanti oleh umat Islam kerana ia menggalakkan orang ramai untuk melakukan kebaikan selain ganjaran istimewa yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Bercakap mengenai Ramahan, orang ramai pasti akan mengaitkan ‘fidyah’ susulan perkara itu adalah perihal yang wajib dilakukan sekiranya meninggalkan puasa.

Memetik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), fidyah merupakan denda yang dikenakan kepada seseorang (Islam) yang telah baligh yang meninggalkan puasa wajib.

Contohnya, individu terbabit terpaksa meninggalkan puasa atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadan.

Antara sebab-sebab dikenakan fidyah ialah individu itu merupakan seorang yang uzur, perempuan hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Selain itu, termasuk juga musafir atau pesakit yang tidak menggantikan puasa pada tahun ia ditinggalkan dan orang yang telah meninggalkan dunia.

Seperti yang diketahui, hukum untuk membayar fidyah ini adalah wajib, mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Sekiranya tidak dilaksanakan, ia dikira sebagai hutang kepada Allah, menurut MAIWP.

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Cara kiraan fidyah puasa

 

Kredit: BERNAMA

Bagi mengetahui cara pengiraan fidyah puasa, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah melancarkan Kalkulator Fidyah Puasa bagi membantu orang ramai untuk membayar denda.

Menerusi laman web MAIS, orang Islam boleh memilih cara pengiraan mengikut kategori yang ditetapkan dan memberi pilihan bayaran fidyah puasa Ramadan mengikut jenis beras yang dimakan pada tiga kadar yang berlainan.

Ia mempunyai dua kategori, yang pertama ialah cara Pengiraan Bagi Orang Masih Hidup yang terbahagi kepada lima bahagian.

Bahagian pertama, dari mula tinggal puasa bagi bilangan hari sama setiap tahun; yang kedua ialah individu yang mula baligh dan yang ketiga pesakit yang mampu ganti.

Manakala yang keempat, pesakit yang tidak mampu ganti dan yang terakhir iaitu bilangan hari berbeza.

Sementara itu, kategori kedua merupakan cara Pengiraan Bagi Orang Meninggal Dunia, yang boleh dilakukan oleh wakil keluarga.

Pada kategori ini terdapat tiga bahagian yang merangkumi, dari mula tinggal puasa, dari mula baligh dan akhir sekali bilangan hari berbeza.

Contoh pengiraan bagi orang masih hidup

Kredit: MAIS
Kredit: MAIS (Contoh)

Antara contoh yang boleh dilihat, adalah pada bahagian pertama, individu yang mula meninggalkan puasa bagi bilangan yang sama setiap tahun.

Seperti gambar di atas, masukkan data yang diperlukan setelah itu bayar mengikut jumlah yang ditetapkan.

Sebagai contoh, tahun mula meninggalkan puasa adalah 2016 sehingga 2019 dan hari yang ditinggalkan adalah sebanyak 15 hari.

Maka jumlah yang perlu dibayar adalah RM540 (bayaran berganda)/ RM120 (bayaran tidak berganda).

Contoh pengiraan bagi orang meninggal dunia

Kredit: MAIS

Untuk pengiraan fidyah buat si mati, ia sama seperti bahagian pertama untuk yang masih hidup.

Wakil boleh isi pertanyaan dengan jawapan sendiri, kemudian bayar mengikut jumlah yang diperlukan.

Langsaikan segera hutang fidyah supaya urusan di akhirat kelak dipermudahkan.

Bagi mengetahui mengenai Kalkulator Fidyah Puasa dengan lebih lanjut, boleh layari laman web MAIS di sini.

Sumber: MAIS

The post Puasa Lagi Sebulan, Ini Cara Bayar Fidyah Guna Kalkulator Fidyah Puasa MAIS appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*