Gajah Alami Cacat Kekal Tulang Belakang Bengkok, 25 Tahun Jadi Tunggangan Pelancong

tulang belakang gajah bengkok

Gajah Alami Cacat Kekal Tulang Belakang Bengkok, 25 Tahun Jadi Tunggangan Pelancong

Seekor gajah di Thailand menghabiskan lebih 25 tahun bekerja dalam industri pelancongan di mana ia terpaksa memberi tunggangan kepada pelancong seramai enam orang pada satu masa, lapor The Thaiger.

Gajah yang dinamakan sebagai Pai Lin itu kini hidup bebas tanpa dirantai di pusat penyelamat hidupan liar terbesar di Thailand.

Ekoran dipaksa membawa pelancong, tulang belakang Pai Lin kini dilaporkan mengalami cacat kekal.

Tulang belakang gajah bengkok

Tulang belakang Pai Lin kini dilapor telah terkeluar dan tenggelam akibat daripada bebanan kerja yang dilakukannya secara berulang.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Menurut Yayasan Rakan Hidupan Liar Thailand (WFFT), perubahan fizikal ini adalah perkara biasa yang terjadi kepada gajah yang digunakan untuk tujuan tunggangan pelancong.

Yayasan itu telah berkongsi gambar keadaan Pai Lin yang terkini kepada orang ramai bagi tujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai.

Kesedaran tentang bagaimana gajah terkesan dengan aktiviti industri pelancongan menunggang yang popular di Thailand.

Gajah yang digunakan untuk trekking sering menghabiskan hari mereka dengan membawa mahout (pengendali), kumpulan pelancong dan howdah (tempat duduk) yang berat.

Tekanan berterusan pada badan mereka boleh merosakkan tisu dan tulang di belakang mereka. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan fizikal yang tidak dapat dipulihkan oleh tulang belakang mereka.

“Walaupun gajah terkenal dengan kekuatan dan saiznya. Punggung mereka tidak direka secara semula jadi untuk membawa berat, kerana tulang belakang mereka memanjang ke atas.

“Tekanan berterusan pada tulang belakang boleh mengakibatkan kerosakan fizikal kekal, seperti yang boleh dilihat pada Pai Lin,” kata Tom Taylor, Pengarah Projek di WFFT.

Pai Lin merupakan gajah tertua yang berada di pusat perlindungan tersebut. Pai Lin kini dianggarkan berusia sekitar 71 tahun dan telah diselamatkan oleh pusat perlindungan itu pada 2007 yang lalu.

WFFT menjadi tempat perlindungan kepada 23 gajah yang lain. Pusat perlindungan seluas 44 ekar itu telah menjadi tempat perlindungan semula jadi kepada gajah-gajah tersebut.

Kawasan itu juga mempunyai pokok seperti di habitat asal, tasik dan kawasan ragut yang selamat.

Pusat perlindungan ini juga menempatkan lebih 700 haiwan yang lain, termasuk primat, burung eksotik dan harimau.

Sumber: The Thaiger

The post Gajah Alami Cacat Kekal Tulang Belakang Bengkok, 25 Tahun Jadi Tunggangan Pelancong appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*