Qatar Sambut Aidilfitri Esok

qatar aidilfitri esok

Qatar Sambut Aidilfitri Esok

Qatar secara rasmi mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat, 21 April, berikutan penampakan anak bulan, lapor Arabian Business.

Pengumuman itu dibuat oleh Agensi Berita Qatar melalui media sosial di laman rasminya.

“Jawatankuasa Penglihatan Bulan Sabit Qatar di Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam (Awqaf) mengumumkan bahawa penampakan hilal bulan Syawal bagi tahun 1444 Hijrah telah disahkan, dan esok hari Jumaat bersamaan 21 April 2023 adalah yang pertama Hari Raya Aidilfitri,” maklumnya.

Awqaf telah menyeru semua umat Islam yang tinggal di negara itu untuk melihat hilal Syawal pada Khamis.

Jawatankuasa itu turut meminta sesiapa yang melihat anak bulan untuk menuju ke ibu pejabat Awqaf.

Pejabat itu terletak di kawasan Dafna (Menara) untuk melaporkan keterangan mereka.

Dengan penampakan bulan, bermakna hari Jumaat akan menjadi hari pertama Aidilfitri.

Negara itu sebelum ini mengisytiharkan cuti 11 hari untuk Aidilfitri, menurut Amiri Diwan.

Cuti Syawal bermula pada 19 April, sejajar dengan 28 Ramadan 1444 Hijrah, dan akan berterusan sehingga 27 April.

Sehubungan itu, semua pekerja akan kembali bekerja pada Ahad, 30 April ini.

Untuk makluman, cuti itu terpakai kepada semua kementerian, entiti kerajaan dan institusi awam.

Walau bagaimanapun, Gabenor Bank Pusat daerah dijangka memutuskan tarikh permulaan dan tamat cuti bagi Bank Pusat, institusi kewangan dan bank yang berfungsi di bawah pengawasan QCB dan Pihak Berkuasa Pasaran Kewangan (QFMA).

Sementara itu, Arab Saudi turut menyambut 1 Syawal Jumaat, manakala Oman mengesahkan sambutan Aidilfitri di sana akan bermula pada Sabtu, 22 April.

BACA: Segelintir Umat Islam Indonesia Sambut Aidilfitri Hari Ini

Umat Islam di Singapura, Indonesia dan Thailand sambut Aidilfitri pada Sabtu

Terdahulu, media melaporkan umat Islam di Singapura, Indonesia dan Thailand akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu.

Di SINGAPURA, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, mengumumkan di laman sesawang Majlis Ugama Islam (MUIS) hari ini.

“Mengikut pengiraan astronomi, hilal bagi bulan Syawal tidak muncul pada petang ini selepas matahari terbenam.

“Ini menandakan esok akan berakhir 30 hari Ramadan,” katanya.

Di JAKARTA, Menteri Hal Ehwal Agama Yaqut Cholil Qoumas berkata Aidilfitri akan disambut pada Sabtu kerana “anak bulan Syawal pada Maghrib di Indonesia tidak memenuhi kriteria”.

Di THAILAND, Syeikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon turut mengisytiharkan Sabtu sebagai hari pertama Aidilfitri di negara itu, selepas disahkan bahawa anak bulan tidak kelihatan.

Sumber: Arabian Business

The post Qatar Sambut Aidilfitri Esok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*