Ramai Nak “Claim” Kredit Pelaburan Infineon Di Kedah, Ini Penjelasan Tengku Zafrul

Tengku Zafrul Pelaburan Infineon

Ramai Nak “Claim” Kredit Pelaburan Infineon Di Kedah, Ini Penjelasan Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tampil memberikan penjelasan berhubung isu pelaburan terbaharu Infineon Technologies AG.

Beliau memberikan pencerahan berhubung isu tersebut dalam satu muat naik video di akaun Twitter rasmi miliknya susulan ramai yang claim kredit mengenai pelaburan tersebut.

Jelasnya, semua telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan bakal membuat pelaburan bernilai RM25 bilion di Malaysia.

Walau bagaimanapun, beliau berkata pelaburan tersebut bukanlah pelaburan yang diumumkan pada tahun lalu sebaliknya pelaburan tambahan.

“Infineon bakal membuat pelaburan tambahan RM25 bilion di Malaysia untuk bina loji fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200 milimeter (mm) terbesar di dunia,” katanya.

Tambahnya, syarikat berkenaan telah bertapak dalam negara lebih lima dekad yang lalu (di Melaka 1973 manakala Kedah 2005).

Pun begitu, pelaburan syarikat itu memerlukan insentif terlebih dahulu daripada pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan MITI sebelum diumumkan.

BACA JUGA: Syarikat Jerman, Infineon Umum Tambah Pelaburan RM 25 Bilion Di Kedah – Tengku Zafrul

“Sebelum pelaburan ini masuk, Infineon akan approach MIDA dan MITI. Mengapa? Sebab nak minta insentif.

“Tahun lepas, Infineon nak labur RM8 bilion, MITI dah bagi insentif. Tahun ini Infineon nak labur RM 25 bilion,” ujarnya lagi.

Maklum Tengku Zafrul, beliau menyifatkan kestabilan politik antara penyumbang kepada syarikat luar untuk membuat pelaburan dalam negara.

Menerusi pelaburan ini, ia bakal membuka banyak peluang pekerjaan bagi rakyat di samping hasil pengeluaran syarikat akan dieksport ke luar negara sekali gus merancakkan lagi hasil pendapatan negara.

“Mengapa Infineon dan syarikat lain makin yakin nak melabur di Malaysia tahun ini? Antara sebabnya ialah kestabilan politik.

“Bila kerajaan asyik bertukar, pelabur kurang yakin nak masuk. Kenapa? Sebab bila kerajaan baru masuk, mungkin akan tukar dasar, jadi ini mungkin boleh beri impak negatif kepada pelaburan.

“Tetapi kerajaan sekarang ini kukuh, majoriti pun dua per tiga. Insya-ALLAH akan bertahan sehingga hujung tempoh,” katanya dalam klip berkenaan.

Hal ini terbukti apabila pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2023 adalah RM71.4 bilion. Angka tersebut naik sebanyak 60 peratus berbanding suku pertama tahun lepas.

“Bukan 6 peratus, bukan 16 peratus tapi naik 60 peratus. Inilah bukti keyakinan pelabur kepada dasar-dasar yang di bawah Kerajaan Perpaduan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Infineon dilaporkan akan menambah pelaburan sebanyak RM 25 bilion di Kulim, Kedah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sumber: Twitter Tengku Zafrul

The post Ramai Nak “Claim” Kredit Pelaburan Infineon Di Kedah, Ini Penjelasan Tengku Zafrul appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*