Ranap, Imej Satelit Dedah Kemusnahan Di Bandar Turkiye

imej satelit bandar turkiye

Ranap, Imej Satelit Dedah Kemusnahan Di Bandar Turkiye

Satelit dari Maxar telah  mendedahkan imej suasana sebelum & selepas gempa di bandar Turkiye. Runtuhan dan kerosakan bangunan jelas kelihatan.

ISTANBUL — Selepas gempa bumi kuat yang berlaku di Turkiye awal pagi Isnin lalu, pelbagai kerosakan dahsyat telah dilaporkan berlaku di negara itu.

Memetik CNN News, difahamkan, lebih 6,000 orang telah terbunuh dalam bencana alam berkenaan termasuk di Syria.

Sementara itu, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat tiga bulan di tenggara negara itu, meliputi 10 bandar yang terjejas sejak semalam, lapor BBC.

Gambar: USGC/BBC

Susulan itu, tular pelbagai gambar sebelum dan selepas gempa bumi yang di muat naik di platform media sosial.

Menerusi imej yang diambil oleh satelit Maxar Technologies telah mendedahkan keadaan sebelum dan selepas impak yang berlaku di bandar Islahiye dan Nurdagi.

Bandar Islahiye

Di Islahiye, gambar satelit memaparkan puluhan bangunan di bandar berkenaan runtuh. Ia juga termasuk sebahagian kediaman di sebelah barat masjid Hacı Ali Öztürk.

Gambar: Satelit Maxar
Gambar: Satelit Maxar

Kebanyakan bangunan yang runtuh akibat gempa bumi itu merupakan bangunan tiga hingga lima tingkat.

Gambar: Satelit Maxar
Gambar: Satelit Maxar

Sementara itu di bahagian timur kompleks masjid pula menyaksikan dua buah bangunan turut runtuh. Kedua-duanya merupakan konkrit empat dan enam tingkat.

Walaupun dari pandangan atas kelihatan bumbung berada dalam keadaan baik, namun struktur bawah bangunan tersebut musnah.

Kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan di atas jalan turut giat dijalankan oleh pihak berkaitan dengan menggunakan jentolak.

Gambar: Satelit Maxar
imej satelit bandar turkiye
Gambar: Satelit Maxar

Bandar Nurdagi

imej satelit bandar turkiye
Gambar: Satelit Maxar
imej satelit bandar turkiye
Gambar: Satelit Maxar

Kebiasaannya, taman besar yang berada di bandar itu sentiasa hijau. Kini, kawasan tersebut telah dipenuhi dengan khemah yang menempatkan mangsa yang selamat dan pegawai perubatan.

BACA JUGA: Doktor Malaysia Di Gaziantep, Turkiye Kongsi Pengalaman Hadapi Gempa Bumi

Sementara itu, puluhan jentera  turut kelihatan di atas jalan menerusi gambar satelit Maxar. Sekurang-kurangnya dua bangunan tinggi di selatan taman itu dilaporkan runtuh sementara tiga lagi bangunan runtuh di utara.

imej satelit bandar turkiye
Gambar: Satelit Maxar
imej satelit bandar turkiye
Gambar: Satelit Maxar

Gempa kuat itu nyata telah meranapkan beberapa bangunan dan kediaman di bahagian timur termasuk di sekitar stadium Daerah Nurdagi

Imbas kembali, gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 dilaporkan berlaku di Gazientep, selatan Turkiye Isnin lalu, lapor AFP.

Gegaran itu menyaksikan pelbagai kemusnahan berlaku akibat impak yang dahsyat.

Tambahan lagi, gempa itu berlaku sewaktu penduduk sedang nyenyak tidur. Gegaran itu dapat dirasai sehingga Syria, kepulauan Cyprus dan Mesir.

Menurut Pusat Perkhidmatan Kecemasan (AFAD) Turkiye melaporkan gempa pertama itu berukuran 7.4 magnitud. Ia antara gempa bumi paling kuat pernah berlaku di rantau itu sejak seabad lalu.

Sumber: CNN, BBC 

The post Ranap, Imej Satelit Dedah Kemusnahan Di Bandar Turkiye appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*