Dipanggil Temu Duga SPP, Abang Ni Kongsi Cara Betul Susun Sijil

temu duga susun sijil

Dipanggil Temu Duga SPP, Abang Ni Kongsi Cara Betul Susun Sijil

Pasti dalam kalangan kita mempunyai cita-cita untuk menjadi tenaga pengajar dan berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. Pun begitu, tidak semua tahu mengenai penyusunan sijil yang betul.

Penyusunan sijil yang betul, bukan sahaja membantu individu mendapatkan pekerjaan tersebut malah ia juga menunjukkan seseorang itu mengambil serius tentang temu duga yang dihadiri.

Oleh yang demikian, pengguna TikTok @haziqqhilmi mengambil peluang berkongsi kepada umum tentang cara penyusunan sijil yang betul mengikut ketetapan yang dibuat.

Di bawah merupakan turutan sijil yang betul dan individu perlulah membuat senarai semak itu dalam satu muka surat serta menyediakan ruang tanda, sama ada memiliki sijil tersebut atau tidak.

BACA: Claypot Chicken Rice Viral Disahkan Tiada Sijil Halal JAKIM

Temuduga Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Slip Panggilan Temuduga

Senarai Semak Temuduga

1. Kad Pengenalan

2. Sijil Kelahiran/Sijil Pendaftaran Kelahiran/Sijil Anak Angkat

3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional/ Sijil Vokasional Malaysia

4. Diploma Pendidikan 

i. Sijil diploma pendidikan / diploma pascasiswazah pendidikan / diploma pendidikan lepasan ijazah asal & salinan yang mempunyai Cap Mohor serta tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar Universiti atau salah satu darinya 

ii. Transkrip Penuh Akademik

5. Ijazah Sarjana Muda

i. Sijil ijazah sarjana muda asal & salinan yang mempunyai Cap Mohor serta tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar Universiti atau salah satu darinya

ii. Sekiranya ijazah sarjana muda yang diperoleh dalam bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, surat terjemahan diperlukan dan hendaklah dibuat oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia atau Pejabat Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Jabatan Agama Islam Negeri bagi ijazah sarjana muda dalam Bahasa Arab sahaja

iii. Transkrip Penuh Akademik

iv. Sijil Muet/ atau setaraf CERF

v. Lain-lain sijil kelulusan yang berkaitan (cth: Sijil Tahfiz)

Nota: Bagi calon yang belum memiliki sijil diploma /ijazah sarjana muda disebabkan belum konvokesyen dikehendaki membawa surat senat dan transkrip akhir akademik dari universiti/institusi pengajian tinggi yang mencatatkan status tamat pengajian

6. Pengiktirafan Kelayakan

Calon dimohon untuk mendapatkan status pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau melalui portal di alamat https://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau https://www2.mqa.gov.my/mqr/esisraf/

7. Sijil kegiatan ko-kurikulum (tiga (3) aktiviti yang tertinggi dan terkini)

8. CALON DALAM PERKHIDMATAN AWAM (termasuk Guru Interim, Kontrak, Sementara, Ganti, GST dan GSTT) 

i. Surat kebenaran cuti belajar (jika berkaitan);

ii. Laporan Khas Temu Duga*; dan 

iii. Senarai Tugas dan Ko-Kurikulum.

(Calon dimohon untuk muat naik perkara (ii) dan (iii) di www.spp.gov.my>PERKHIDMATAN>Muat Turun>Borang>Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)

*Laporan Khas Temu Duga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bersaiz A4 dan di gam.

9. Dokumen Pengesahan Status Orang Kelainan Upaya (OKU) (sekiranya berkaitan)

Resume

Kad Pengenalan 

Sijil Kelahiran

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Sijil Ijazah Sarjana Muda 

Transkrip Penuh Ijazah Sarjana Muda 

Sijil Malaysian University English Test (MUET) 

Status Pengiktirafan Kelayakan MQA 

Sijil Kegiatan Ko-kurikulum

Semoga bermanfaat!

Sumber: @haziqqhilmi/TikTok

The post Dipanggil Temu Duga SPP, Abang Ni Kongsi Cara Betul Susun Sijil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*