Rang Undang-undang Kawalan Produk Rokok Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

rang undang-undang

Rang Undang-undang Kawalan Produk Rokok Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 menjadi tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat hari ini, yang juga hari terakhir bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15.

Penggulungan itu dijadual dibuat Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa usai sesi soal jawab sebelum akan diputuskan ahli Dewan Rakyat untuk kelulusan setelah rang undang-undang itu dibahas oleh 26 Ahli Parlimen, semalam.

Rang undang-undang itu antaranya memperuntukkan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada Orang Belum Dewasa (OBD).

Sementara itu, isu bencana banjir dan impak pengecualian visa kepada pelancong China dan India dibangkitkan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus sidang Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi.

Menurut aturan urusan mesyuarat disiarkan di laman sesawang Parlimen, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) bertanyakan Perdana Menteri berhubung langkah diambil kerajaan bagi memastikan kebajikan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

Lim Guan Eng (PH-Bagan) pula meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan impak positif pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong China dan India terhadap objektif mencapai sasaran 25 juta pelancong luar negeri dan nilai hasilnya.

Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt lepas.

Sumber: BERNAMA

BACA: Rokok Elektronik: Bakteria dan Kulat Berbahaya Sebabkan Penyakit Paru-Paru Ditemui Didalam Kartrij Isi Semula

The post Rang Undang-undang Kawalan Produk Rokok Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*