Ranking Angola Dalam Fifa Diramal “Mencanak”

ranking angola fifa

Bermula Dari Ranking 117 Dunia, Angola Diramal “Mencanak” Dalam Ranking Fifa Selepas Mara Hingga Suku Akhir Piala Afrika

Sukan bola sepak antara sukan paling popular dan mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Dalam pertandingan profesional, sukan ini menampilkan pelbagai pasukan diperingkat kelab dan kebangsaan menerusi pelbagai kejohanan berprestij.

Antara kejohanan bola sepak yang mencuri perhatian ramai setiap kali dianjurkan adalah Piala Dunia, Piala Asia, Liga Juara-Juara (UCL) dan sebagainya. Tidak terkecuali  adalah Piala Afrika (AFCON 23) yang masih dalam pertandingan.

Dalam kejohanan itu menyaksikan sebanyak 24 negara dari konfederasi Afrika berentap di bawah satu kejohanan bagi merebut piala berprestij benua itu.

Ivory Coast kali ini dipilih sebagai tuan rumah bagi Piala Afrika 2023 edisi ke-34.

Antara pasukan yang mencuri tumpuan dalam kejohanan kali ini adalah negara Angola yang berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat suku akhir.

Negara Angola

Gambar: AFP

Mungkin ramai yang tidak menjangkakan skuad Angola mampu memberi saingan dalam kejohanan kali ini. Lebih-lebih lagi, pasukan itu menduduki tangga ke-117 dalam ranking FIFA.

Menariknya, pasukan yang dikendalikan oleh Pedro Goncalves itu berjaya menundukkan beberapa gergasi Afrika sehingga mencipta sejarah layak ke peringkat suku akhir.

Angola Piala Afrika
Gambar Fifa

Perjalanan Angola Dalam AFCON 

Diundi dalam Kumpulan D, bersama juara 2019, Algeria, Burkina Faso dan Mauritania, sememangnya Angola tidak tersenarai dalam kertas sebagai pasukan yang bakal layak ke pusingan seterusnya.

Menariknya, pasukan itu dapat memberikan saingan tanpa tercicir satu mata setiap perlawanan.

Dalam perlawanan pertama, Angola bertemu Algeria yang berada di ranking 30 dunia. Pun begitu pasukan itu berjaya mencuri satu mata selepas seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D.

Angola Piala Afrika
Gambar: AFP

BACA: Rebat Bil Elektrik RM40 Sebulan: Ini Cara Semakan

Perlawanan kedua menyaksikan Angola meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas Mauritania (103) sebelum mencatakan kemenangan berjaya ke atas Burkina Faso (57) dengan keputusan 2-0.

Keputusan itu menyaksikan pasukan di kedudukan ke-117 dunia itu muncul juara Kumpulan D dengan mengumpul 7 Mata

Gambar: CAF Online

Di Peringkat 16 terbaik, Angola sekali lagi mencipta kejutan dengan menundukkan pasukan Namibia (115) dengan kemenangan selesa 3 gol tanpa balas sekaligus melayakkan pasukan itu ke peringkat seterusnya.

Tersekat Di Suku Akhir

Gambar: AFP

Walau bagaimanapun, kemaraan Angola dalam edisi kali ini tersekat apabila tewas dengan gol tunggal Nigeria (42) pada 28 Januari lalu.

Menurut, Africa News, persembahan cemerlang pasukan itu sudah cukup membuatkan para peminat terharu dan berharap Angola mampu kembali dengan lebih kuat dalam edisi seterusnya.

Dengan prestasi yang memukau ini, Angola dijangka melonjak naik dalam ranking FIFA selepas kemaskini pada 15 Februari ini.

Sumber: CAF Online, Africa News, FIFA

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

The post Ranking Angola Dalam Fifa Diramal “Mencanak” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*