Lelaki Terkejut Nampak Lembaga Dipercayai Pocong Dalam Ladang Ayam, Sempat ‘Pelangkung’ Sebelum ‘Cabut’ Lari

pocong dalam ladang ayam

Lelaki Terkejut Nampak Lembaga Dipercayai Pocong Dalam Ladang Ayam, Sempat ‘Pelangkung’ Sebelum ‘Cabut’ Lari

Tular di media sosial Indonesia berkenaan satu video yang memaparkan penampakan kelibat dipercayai Pocong di sebuah ladang ayam.

Video perkongsian penampakan itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @sinweywey di akaun miliknya.

Berdasarkan pemerhatian dalam video tersebut, dapat dilihat kelibat entiti berwarna putih yang berbungkus sedang berdiri tegak di satu ruangan dalam ladang ayam tersebut.

Pocong dalam ladang ayam

Video itu turut memaparkan aksi seorang lelaki yang dipercayai pekerja ladang ayam itu pada mulanya hanya fokus pada ayam di dalam ladang tersebut tanpa menyedari keberadaan kelibat berkenaan.

Dia kemudiannya dapat dilihat terkejut dan cuba menghalau kelibat putih terbabit.

Kredit TikTok
Kredit TikTok

Kelibat itu juga dapat dilihat bergerak-gerak sewaktu lelaki tersebut cuba menghalaunya menggunakan sejenis peralatan untuk menghalau ayam.

Selepas tidak berjaya menghalau kelibat pocong itu, lelaki itu akhirnya bertindak berlari lintang pukang meninggalkan ladang ayam tersebut.

Video berdurasi 1 minit 12 saat itu telah mendapat tontonan melebihi 3.4 juta dan lebih 126k tanda suka.

Berdasarkan muat naik perkongsian itu, video penampakan tersebut dipercayai berlaku di negara Indonesia.

Muat naik video itu turut mendapat komen pelbagai daripada pengguna TikTok yang menontonnya.

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

Kredit TikTok
Kredit TikTok
Kredit TikTok
@sinweywey

#pocong#penampakan #ayamboiler #hahahahahahaha

♬ suara asli – @sinweywey – @sinweywey

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Terdahulu, Siakap Keli turut pernah melaporkan berkenaan satu sosok lembaga putih yang dirakam seakan sedang leka menonton televisyen di sebuah klinik.

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @tga.aizat4321.

Menurut perkongsian itu, video tersebut dipercayai berjaya dirakam oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan di sebuah klinik.

Klinik itu didakwa masih belum beroperasi dan berada di negeri utara tanah air iaitu Perlis.

Berdasarkan kapsyen dalam video itu, lembaga putih misteri yang sedang khusyuk tengok TV itu dipercayai sebagai pontianak.

Pengawal keselamatan itu dapat didengari cuba berkomunikasi dengan lembaga berkenaan.

“Sat lagi tutup tv balik nah. Assalammualaikum. Cuba kalih nak tengok sikit. Oh tengah tengok tv, takpa-takpa. Tapi nak minta tolong, nanti tutup balik tv,” borak pengawal keselamatan tersebut dalam dialek utara kepada lembaga misteri berkenaan.

Sumber: TikTok

The post Lelaki Terkejut Nampak Lembaga Dipercayai Pocong Dalam Ladang Ayam, Sempat ‘Pelangkung’ Sebelum ‘Cabut’ Lari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*