redBus Memperkenalkan ‘Things to Do’: Menyerlahkan Dunia Pelancongan Dengan Pengalaman Unik

redBus, platform tiket bas terbesar di dunia, hari ini memperkenalkan tambahan terbaharu dalam rangkaian tawaran komprehensifnya, ‘Things to Do’. Tambahan ini memenuhi segenap keperluan pengembara di serata destinasi, membolehkan pengguna mendapat manfaat daripada platform redBus untuk merancang aspek berbeza perjalanan mereka daripada platform yang sama. Menerusi usaha mengintegrasikan perluasan ini, redBus mengukuhkan komitmennya untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang lancar kepada pengguna dengan membentuk satu hab pengembaraan dan hiburan sehenti.

Dengan lebih daripada 500 aktiviti di Malaysia dan Singapura yang dipaparkan di platform berkenaan, pengembara mempunyai pelbagai pilihan untuk merancang pengalaman perjalanan mereka di destinasi-destinasi menarik ini. Dikategorikan kepada lapan Kategori Utama, pengguna boleh meneroka aktiviti yang disediakan selepas menekan ikon ‘Things to Do’ pada laman utama aplikasi redBus.

Pengguna boleh mencari destinasi yang memberi ketenangan, pengalaman kebudayaan dan pelbagai bengkel di bawah kategori ‘Lifestyle’ (Gaya Hidup), sementara kategori ‘Entertainment’ (Hiburan) menawarkan peluang untuk menyelam dunia teater dan konsert. Di bawah kategori ‘F&B’ (Makanan dan Minuman), pelbagai sajian hidangan tempatan dan antarabangsa sedia untuk dinikmati. Untuk pengalaman navigasi yang mudah, pengembara mempunyai pilihan untuk memilih perkhidmatan ‘Transportation’ (Pengangkutan) yang bersesuaian termasuk bas ulang-alik dan lawatan ke pusat bandar. Sebagai tambahan, pengguna juga boleh memilih bahagian ‘Tours’ (Lawatan) untuk kunjungan khusus yang dipandu oleh pemandu pelancong yang berpengalaman untuk berkongsi elemen-elemen terbaik di kedua-dua negara.

“Misi kami adalah untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar, holistik dan unik dengan mengintegrasikan setiap aspek perjalanan pengguna. Kami komited untuk memanfaatkan teknologi inovatif untuk mendigitalkan sektor lawatan dan aktiviti, bersandarkan kepakaran kami dalam mengubah industri pelancongan. Sehubungan itu, pelancaran inisiatif ‘Things to Do’ kami adalah seiring dengan pilihan pengembara moden yang mendahulukan kemudahan mudah alih di Malaysia dan Asia Tenggara,” kata Krishnan Ramaswami, Ketua Pegawai Perniagaan – Antarabangsa, redBus.

Pengguna boleh menempah aktiviti-aktiviti ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada melalui platform redBus, memberikan kemudahan yang tiada tandingan sama ada untuk mereka yang gemar merancang perjalanan mahupun pengembara spontan. Kini, tiada lagi keperluan untuk beratur panjang dan berdepan dengan proses pembelian tiket yang menyukarkan. Setelah pengesahan diterima, pengguna tidak perlu lagi beratur di kaunter tiket dan boleh terus menikmati tempat tarikan, aktiviti dan perkhidmatan pilihan, justeru menjimatkan masa untuk pengalaman pengembaraan yang lebih menyeronokkan. Sebagai tambahan, redBus mengutamakan harga paling berpatutan bagi aktiviti-aktiviti ini kepada pengguna, dengan tawaran berbaloi dan diskaun menarik. Ini akan membenarkan pengembara menikmati pengalaman luar biasa tanpa perlu berbelanja lebih, sekali gus memudahkan perjalanan dan mencipta kenangan yang lebih manis.

Fungsi ‘Things to Do’ di redBus merangkumi destinasi popular termasuk tempat-tempat ikonik seperti Taman Tema Genting Skyworlds, Aquaria KLCC dan Legoland di Malaysia. Sementara di Singapura, pengguna boleh meneroka tarikan terkemuka seperti Universal Studios Singapore, Gardens by the Bay dan Galeri Nasional (National Gallery) dengan membuat tempahan menerusi redBus. Untuk menambah lagi keterujaan, redBus kini menawarkan promosi terhad bagi pengguna platformnya. Dengan menggunakan kod promosi TRYNEW10, pengembara boleh menikmati diskaun 10% untuk semua tiket ‘Things to Do’, menjadikan eksplorasi aktiviti-aktiviti ini lebih mudah diakses dan menarik.

Sejak dilancarkan di Malaysia pada tahun 2015, redBus telah meletakkan jenamanya sebagai peneraju tempahan bas secara dalam talian. redBus mempunyai hubungan dengan lebih 170 pengenali bas dan feri serta mempunyai rangkaian yang meliputi lebih 5,500 laluan di Malaysia. Ia terus memperluaskan liputan perkhidmatan dan penawaran bagi memudahkan dan memastikan keselamatan perjalanan pengguna.

Untuk maklumat lanjut berkenaan ‘Things to Do’ redBus, sila layari laman www.redbus.my/things-to-do/

Platform rasmi redBus
Aplikasi mudah alih: Apple App Store and Google Play Store
Facebook: https://www.facebook.com/redBus.my
Instagram: https://www.instagram.com/p/C3odn9rM2h-/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@redbus_my

The post redBus Memperkenalkan ‘Things to Do’: Menyerlahkan Dunia Pelancongan Dengan Pengalaman Unik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*