“Buat Kat Rumah Je,” Ini Idea Bisnes Terbaik Untuk Suri Rumah Dapat “Income” Ribuan Ringgit Setiap Bulan

Dah masuk tahun 2023, pelbagai cabaran yang akan diharungi tambahan kos sara hidup kian meningkat. Oleh itu, semua orang perlulah bijak untuk menjana pendapatan tidak kiralah di mana kita berada. Bukan apa, sebenarnya peluang untuk mendapatkan pendapatan ataupun wang tambahan sebenarnya sangat banyak, cuma ianya tidak disedari oleh orang ramai.

Antaranya ialah korang boleh menjana pendapatan dari rumah dengan modal yang sangat sedikit. Sebagai contoh adalah dengan menjalankan bisnes makanan dari rumah, modal yang diperlukan hanya bahan mentah, gas, dan plastik bungkusan. Yang menariknya tak perlu nak bayar sewa tapak gerai atau sewa kedai dan lain-lain kos lagi. Keuntungan yang diperolehi pun pasti akan berada di tahap yang tinggi sekiranya seseorang peniaga itu pandai mencari peluang untuk dapatkan pelanggan.

Idea terbaik untuk suri rumah jana pendapatan

Melalui artikel ini, kami ingin mencadangkan satu perniagaan dari rumah yang sangat berbaloi sekiranya suri rumah ingin membantu suami bagi menjana pendapatan tambahan. Bak kata orang “Golek-golek pun dah boleh buat duit”. Perniagaan yang dimaksudkan ini sebenarnya tidak memerlukan modal yang tinggi, malah hanya dengan RM299 sudah boleh dapat pakej permulaan berniaga dan barangan tersebut boleh terus dimiliki.

 

Perniagaan yang dimaksudkan adalah perniagaan makanan takoyaki melalui pakej Start-up RM299 Chef Tako. Kalau korang nak tahu, Chef Tako membenarkan sesiapa sahaja yang ingin berniaga takoyaki dengan menggunakan bahan-bahan mereka. Apa yang lebih menarik, modal untuk mendapatkan barangan seperti kuali, tepung dan bahan-bahan lain boleh diperolehi dengan harga RM299 sahaja.

Luaskan lingkungan pelanggan walau berniaga dari rumah

Setiap perniagaan pastinya perlu perancangan yang lebih baik untuk memastikan pelanggan tidak lari. Sama juga seperti takoyaki, teknik pemasaran juga perlulah mantap walaupun perniagaan ini hanya dijalankan di rumah sahaja. Jadi, bagaimana nak dapatkan lebih ramai pelanggan?

Jika nak memastikan takoyaki jualan kita menjadi laris, kami cadangan korang untuk mendaftar dengan Grabfood, Foodpanda atau mana-mana perkhidmatan penghantaran pelanggan. Dengan adanya servis penghantaran makanan, pelanggan yang tidak berada di sekitar rumah korang pun boleh juga merasai keenakan takoyaki hasil air tangan korang.

Apa yang lagi istimewa, Chef Tako dah siap sediakan link cara-cara untuk korang mendaftar bagi mendapatkan khidmat penghantaran makanan seperti Grabfood dan juga Foodpanda. Korang tengoklah betapa bersungguhnya Chef Tako nak bagi korang jana pendapatan sendiri walaupun hanya dari rumah. Apa-apa pun, korang kena lah ada Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu.

Bagi yang berminat untuk menyebar luaskan takoyaki hasil air tangan korang menggunakan perkhidmatan Grab, korang hanya perlu lakukan tiga langkah mudah iaitu isi maklumat, hasilkan katalog dan mula menjual untuk dapat lebih banyak pelanggan.

Bagi yang hendak buat dengan Foodpanda pula, korang hanya perlu mendaftar akaun perniagaan sebelum memulakan jualan. Pastinya lebih ramai pelanggan akan dapat dicapai dengan mudah melalui kaedah ini. Kalau nak maklumat lanjut atau pautan yang korang boleh klik, Chef Tako dah sediakan perkongsian untuk korang yang ingin memulakan perniagaan takoyaki.

Pakej Start-Up Che Tako RM299

Kalau nak tahu, bila korang beli pakej ni, korang tak perlu rungsing nak cari barangan untuk sediakan takoyaki. Sebabnya, dengan pakej ni korang akan dapat dapur China berserta bahan-bahan seperti berikut:

  1. Bonito Chef Tako (Gred A) 500g – 1 Unit
  2. Tepung Takoyaki 1kg – 5 Unit
  3. Spicy Mayo 1L – 1 Unit
  4. Original Mayo 1L – 1 Unit
  5. Sos Takoyaki Chef Tako 1.5L – 2 Unit
  6. Seaweed 100g – 1 Unit

Bila dah sampai barang-barang ni kat rumah, janganlah risau kalau tak tahu cara nak masak pula. Sebabnya Chef Tako dah siap sediakan panduan memasak secara percuma kepada sesiapa yang membeli pakej ini. Tinggal nak ikut segala panduan dan korang dah boleh mulakan perniagaan daripada rumah.

Paling penting rajin dan pandai cari peluang

Sebenarnya tak menghairankan pun kalau jalankan bisnes di rumah boleh meraih keuntungan sehingga ribuan ringgit. Siapa yang tak nak kan? Hanya duduk di rumah pun boleh dapatkan keuntungan berlipat ganda tanpa perlu modal yang tinggi.

Namun, apa-apa pun bergantung kepada kerajinan seseorang dan juga peluang yang dimanfaatkan. Jadi kalau korang pun dah terfikir nak jalankan bisnes takoyaki dari rumah ini dengan segera, baik cepat beli pakej Start-Up Chef Tako kat TikTok Chef Tako  https://vt.tiktok.com/ZS8Dkp8RM/ , siap boleh dapat diskaun percuma penghantaran lagi tau.

Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut pakej niaga ni, korang boleh berhubung terus dengan Chef Tako dengan menggunakan pautan ini https://bit.ly/warriorcheftako

The post “Buat Kat Rumah Je,” Ini Idea Bisnes Terbaik Untuk Suri Rumah Dapat “Income” Ribuan Ringgit Setiap Bulan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*