Dulu Disindir, Remaja Tular Kini Dah Jadi Model Charles & Keith

remaja model Charles & Keith

Dulu Disindir, Remaja Tular Kini Dah Jadi Model Charles & Keith

SINGAPURA — Remaja berusia 17 tahun yang sebelum ini disindir kerana membeli beg Charles & Keith dilaporkan telah menjadi model bagi jenama fesyen terkenal itu, lapor Mothership.

Difahamkan, Zoe Gabrie pada awalnya memuat naik hantaran video berkaitan sebuah beg yang dianggapnya sebagai barangan mewah di TikTok @zohtac.

Dalam video tersebut, dia menjelaskan bahawa beg mewah itu merupakan hadiah pertama oleh ayahnya. Tambah Zoe, dia menyatakan bahawa keluarganya tidak mempunyai banyak harta sewaktu membesarkannya.

Bagaimanapun, segelintir pengguna media sosial melabelkan jenama tersebut bukanlah barangan mewah.

Tidak lama kemudian, dia menerima panggilan daripada jenama syarikat berkenaan. Zoe telah dijemput ke ibu pejabat Charles & Keith untuk menikmati makan tengah hari bersama pengasas, Charles Wong dan Keith Wong.

Susulan tular mengenai video tersebut, dia juga telah diberikan beberapa lagi beg jenama Charles & Keith.

Terbaru, remaja terbabit bergelar sebagai model kepada jenama itu.

Gambar: Instagram Zoe Gabriel

Pada 4 Mac lalu, Zoe telah berkongsi gambarnya di Instagram sambil menggayakan sebuah beg berwarna ungu jenama tersebut yang paling laris, Alia Chain-Strap Crossbody Bag.

Dalam perkongsian itu, dia turut memberikan inspirasi kepada wanita di luar sana bersempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac kelak.

BACA JUGA: Banjir Di Johor Membimbangkan, Jumlah Mangsa Di Seluruh Negara 48,989 Pagi Ini

“Wanita diibaratkan seperti bunga: Masa dan keperluan kita mungkin tidak sama, tetapi tidak mengapa.

“Kami seperti ladang bunga popi dan tasik teratai. Kami mempunyai pelbagai perbezaan, berani, dan cantik dengan cara kami sendiri.

“Hari Wanita Antarabangsa ini, marilah kita raikan dengan penuh belas kasihan. Marilah kita raikan dengan kesaksamaan menerusi ekuiti, seperti yang dilakukan oleh bunga,” maklumnya di media sosial tersebut.

Gambar: Instagram Zoe Gabriel

Terdahulu, Zoe telah memuat naik video hadiah beg tersebut daripada ayahnya pada 8 Januari lalu. Dalam video tersebut remaja terbabit kelihatan sangat teruja dengan hadiah tersebut.

Tambahan lagi, dia turut membuat sesi unboxing beg dari jenama Charles & Keith

“Terima kasih ayah,” tulisnya.

@zohtaco

thank you dad 🥹

♬ Glitch – Just audios

Untuk makluman, video berkenaan telah mendapat lebih 22 juta tontonan di TikTok dan 2.2 juta tanda ‘Suka’ serta lebih 40 ribu komen daripada pelbagai pengguna.

Sumber: Mothership, Instagram @Zoe Gabriel, TikTok@zohtac

The post Dulu Disindir, Remaja Tular Kini Dah Jadi Model Charles & Keith appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*