Bakal Pengantin Wajib Tahu, Ini Tips Untuk Pastikan Mekap Kekal Lama & Berseri Di Hari Bahagia

pengantin mekap kekal lama

Bakal Pengantin Wajib Tahu, Ini Tips Untuk Pastikan Mekap Kekal Lama & Berseri Di Hari Bahagia

Bagi setiap pasangan, hari akad nikah merupakan hari yang penuh bermakna. Ia merupakan penyatuan dua hati dengan satu ikatan yang sah, ‘Ijab dan Qabul’.

Acara ini pastinya ditunggu-tunggu oleh mereka yang bakal bergelar suami dan isteri. Pastinya, momen penuh bahagia ini bakal dihadiri oleh ahli keluarga, sanak-saudara terdekat, sahabat handai dan ramai lagi.

Sehubungan itu, pastinya mereka ingin tampil segak dan cantik pada hari akad nikah dan majlis perkahwinan nanti.

Bagi pengantin wanita, antara aspek yang paling dititikberatkan adalah solekan pada wajah. Ia bagi mereka kekal kelihatan cantik dalam tempoh yang lama.

Sepanjang hari penting itu, pastinya solekan atau make up mudah terdedah dan tidak kekal lama atas pelbagai faktor seperti cuaca yang panas, debu dan lain-lain.

Oleh itu, sebahagian mereka terpaksa sentiasa touch up solekan setiap kali ia kelihatan tidak kemas.

Justeru, hari ini SK ingin kongsikan beberapa tips penting untuk pengantin wanita agar mekap yang dipakai tidak mudah tanggal atau ‘bercapuk’.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian @megrashyweddingplanner.

Pengantin Mekap Kekal Lama

Sebelum berangkat ke majlis akad nikah atau majlis perkahwinan, sediakan helaian tisu. Lipatkan tisu berkenaan menjadi bentuk segi tiga.

Gambar: TikTok @megrashyweddingplanner
Gambar: TikTok @megrashyweddingplanner

Manfaat Lipatan Tisu Segi Tiga

Gambar: TikTok @megrashyweddingplanner

Sewaktu majlis akad nikah, sekiranya pengantin menitiskan air mata. Elakkan mengesat air mata dengan tangan ataupun baju.

Sebaliknya, gunakan hujung tisu tadi untuk menghilangkan air mata (lap) bagi memastikan solekan kekal terjaga.

Tisu ini juga mudah dibawa bersama sepanjang hari. Caranya mudah sahaja dengan menyelitkan ia pada pergelangan pengantin.

 pengantin make up kekal lama
Gambar: TikTok @megrashyweddingplanner

Sesi Bersalaman Bersama Pasangan

Selain itu, sewaktu adegan bergambar bersama pasangan, elakkan mencium tangan pasangan dengan menempelkan hidung. Perkara ini bagi mengelakkan kotoran atau peluh pada tangan menempel pada wajah pengantin.

BACA JUGA: Hukum Ayah Pengantin Lelaki Mewakili Anaknya Ketika Akad Nikah, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Ketika Berpelukan

Sementara itu, ketika sesi berpelukan, pastikan wajah pengantin berada di atas bahu pasangan, ahli keluarga dan tetamu.

Jika terdapat tetamu yang menyapa pada wajah, pastikan hanya pipi bertemu pipi sahaja dan jangan biarkan lipstik terkena pada wajah pengantin.

Semoga bermanfaat buat bakal pengantin di luar sana.

@megrashyweddingplanner

Edukasi untuk calon pengantin nih 🥰❤ #fyp #foryou #fypシ #foryoupage #wobandung #weddingorganizer #weddingorganizerbandung #edukasipernikahan #xyzbca

♬ Ternyata Hanya Kamu – Brisia Jodie & Stevan Pasaribu

Sumber: TikTok @megrashyweddingplanner.

The post Bakal Pengantin Wajib Tahu, Ini Tips Untuk Pastikan Mekap Kekal Lama & Berseri Di Hari Bahagia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*