Remaja maut diserang gajah di kebun durian

LIPIS – Seorang remaja Orang Asli maut selepas diserang seekor gajah ketika mencari durian di Kampung Tual Pos Sinderut di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Andy Yok Manin,15, bersama keluarganya berada di dalam kebun durian di Kampung Tual di sini.

“Serangan gajah dipercayai bermula dari Kampung Regang yang kemudiannya dihalau oleh orang kampung lalu menghala ke kawasan kebun durian Kampung Tual dimana mangsa berada.

“Selepas kejadian serangan, keluarga mangsa telah membawa mangsa balik ke rumah sebelum dibawa ke hospital,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya pihak polis telah membawa mangsa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

Katanya berdasarkan suasatan awal punca kematian dipercayai diserang gajah.

Pada 6 Disember tahun lalu, seorang wanita Orang Asli, Wak Angkat Yok Tong,39, terbunuh akibat dipijak oleh gajah di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu mangsa yang sedang tidur cuba melarikan diri selepas rumah kayu didiaminya bergoyang ditarik kawanan gajah. – KOSMO! ONLINE

The post Remaja maut diserang gajah di kebun durian appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*