Remaja Nekad Jual Rumah Pusaka Separuh Harga, Demi Nak Beli Motosikal

remaja jual rumah pusaka motosikal

Remaja Nekad Jual Rumah Pusaka Separuh Harga, Demi Nak Beli Motosikal

Seorang remaja berusia 18 tahun di China bertindak menjual rumah pusaka yang diwarisi daripada keluarganya pada separuh harga, hanya semata-mata kerana mahu membeli sebuah motosikal.

Menurut South China Morning Post (SCMP), rumah pusaka yang terletak di wilayah Henan itu mempunyai nilai pasaran sekitar RM 635,757. Remaja berkenaan mewarisi rumah tersebut daripada datuknya.

Dia bertindak menjual rumah tersebut selepas ibu bapanya enggan menuruti permintaanya untuk membelikan sebuah motosikal. Tanpa pengetahuan mereka, dia seterusnya menghubungi seorang ejen hartanah bertujuan untuk menjual rumah tersebut.

Remaja nekad jual rumah pusaka demi beli motosikal

Remaja itu dilaporkan bersetuju untuk menjual rumah berkenaan pada harga separuh daripada harga pasaran, kira-kira RM 334,761. Ejen hartanah itu kemudian bertindak menjual rumah tersebut kepada seorang lagi ejen hartanah pada harga yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, tindakan remaja tersebut berjaya dihidu ibunya yang seterusnya menghubungi kedua-dua ejen hartanah tersebut. Wanita itu mengesyaki kedua-dua ejen hartanah berkenaan mungkin telah menipu anaknya.

Selepas gagal memujuk ejen hartanah yang terlibat agar membatalkan urusan jual beli tersebut, wanita berkenaan kemudian membawa perkara itu ke mahkamah.

Hakim dalam hujahnya berkata remaja berkenaan perlu bertanggungjawab di atas tindakan tidak matang tersebut. Namun, ibu remaja berkenaan menegaskan bahawa urusan penjualan hartanah tersebut berlaku secara tidak adil.

Pemeriksaan ke atas bukti-bukti penjualan serta perbualan antara remaja tersebut dengan ejen hartanah menunjukkan bahawa proses tersebut berjalan secara sah.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati bahawa ejen hartanah berkenaan, yang mengetahui harga pasaran rumah tersebut telah mengambil kesempatan ke atas remaja berkenaan. Remaja itu diumpan untuk menjual rumah tersebut dibawah harga pasaran kerana tidak mengetahui nilai pasaran sebenar hartanah berkenaan.

Mahkamah seterusnya memutuskan bahawa rumah itu dijual dibawah harga pasaran dan membatalkan urusan penjualan tersebut. Rumah tersebut kemudian dikembalikan semula kepada remaja berkenaan.

BACA: Lagi Rakaman Tular, Lebih Jelas Rakam Detik-detik Pesawat Terhempas Di Elmina

Sumber: South China Morning Post

The post Remaja Nekad Jual Rumah Pusaka Separuh Harga, Demi Nak Beli Motosikal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*