Kakak Buka ‘Kedai Seringgit’, Penuhi Impian Adik Autisme Belajar Berniaga

kedai seringgit adik autisme berniaga

Kakak Buka ‘Kedai Seringgit’, Penuhi Impian Adik Autisme Belajar Berniaga

Menurut Early Austism Project, autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini akan mempengaruhi kesan dari segi perkembangan otak, keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa.

Setakat ini, tiada rawatan yang terbukti dapat memulihkan autisme secara berkesan. Terhadap banyak rawatan alternatif yang mendakwa dapat mengatasi masalah autisme, namun hampir kesemuanya tidak memiliki bukti yang mencukupi.

Malah, ada sesetengah rawatan alternatif yang tidak disarankan kerana terdapat kebarangkalian penghidap autisme untuk ditimpa kemudaratan semasa atau selepas rawatan.

Oleh sebab itu, kebanyakan tenaga pengajar dan ibu bapa akan menggunakan pendekatan berbeza dalam mengasuh dan mendidik anak-anak istimewa ini.

Salah satu caranya adalah teknik pembelajaran yang menyeronokkan, alat bantuan belajar yang berwarna-warni dan sebagainya.

Menariknya, kita juga boleh berfikiran kreatif dalam menghasil teknik pembelajaran bagi ahli keluarga kita, mengikut kemampuan dan kesesuaian keadaan.

Konsep ‘ Kedai Seringgit ‘, bantu adik autisme tingkatkan kemahiran berniaga

Seorang wanita di Facebook telah menggunakan cara unik bagi membantu adiknya yang menghidapi autisme untuk berniaga.

Humey Humaira telah berkongsi kaedah yang unik tersebut menerusi sebuah hantaran di dalam kumpulan Facebook, Autisme Malaysia baru-baru ini.

Kakak itu telah membangunkan konsep ‘Kedai Seringgit’ di hadapan rumahnya di Wilayah Persekutuan Labuan. Tujuan kedai tersebut dibangunkan adalah membantu adiknya mengasah kemahiran berniaga dengan mudah.

kedai seringgit adik autisme
Kredit: Facebook

Difahamkan, semua barangan dijual dengan harga serendah RM1 pada peringkat permulaan.

Selain itu, Humaira turut mencipta sistem perekodan jualan yang mudah, yang mana dapat membantu adik perempuannya untuk memasukkan data jualan dengan tepat dan mudah.

“Saya buatkan rekod jualan guna tick (/) untuk mudahkan pengiraan. Tick berwarna pula untuk bayaran tunai/tanpa tunai,”

Dalam kedai kecil tersebut, semua makanan ringan dan aiskrim Malaysia akan dijual dengan harga serendah RM1.

Kredit: Facebook
Kredit: Facebook
kedai seringgit adik autisme
Kredit: Facebook

Baginya, ini adalah satu permulaan yang baik bagi adiknya untuk berdikari, lagi-lagi jika dirinya sudah lagi tidak berada di samping adiknya.

Melalui kaedah ini, sekurang-kurangnya adiknya mampu menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk membantu kehidupannya.

Difahamkan, Humaira tidak dapat menghantar adik perempuannya ke asrama lagi selepas ibu mereka meninggal dunia.

“Dia cepat sensitif di asrama dan mudah meragam. Bila duduk rumah, Alhamdulillah lebih tenang,” katanya.

Kredit: Facebook

Dalam pada itu, adiknya boleh melakukan beberapa perkara semasa berniaga. Antaranya, membaca buku, menghafaz al-Qur’an serta menonton filem.

Ketika dihubungi Siakap Keli, Humaira berharap perkongsiannya dapat membantu memberi idea kepada ibu mahupun penjaga anak autisme menyediakan aktiviti atau konsep pembelajaran yang sesuai.

“Semoga dapat memberi semangat dan inspirasi untuk ibu-ibu atau ahli keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa ini.

BACA: Polis Mohon Interpol Dapatkan Identiti Penuh & Lokasi Jocelyn Chia

Sumber: humeyhumaira via Austisme Malaysia (Facebook)

The post Kakak Buka ‘Kedai Seringgit’, Penuhi Impian Adik Autisme Belajar Berniaga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*