Remy Ishak Kini Bergelar Bapa, Isteri Selamat Bersalin Pagi Tadi

remy ishak bergelar bapa

Remy Ishak Kini Bergelar Bapa, Isteri Selamat Bersalin Pagi Tadi

Pelakon terkenal, Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof selamat menimang anak pertama hari ini.

Memetik Astro Gempak, pasangan tersebut menyambut kelahiran cahaya mata mereka pada pukul 11.17 pagi tadi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Beliau berkongsi kegembiraan tersebut dalam kemas kini Instagram Story miliknya.

Pelakon berusia 41 tahun itu meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan tahniah orang ramai kepadanya.

Dalam pada itu, isterinya, Ezza juga berada dalam keadaan sihat dan stabil, maklum Remy lagi.

“Alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur,” katanya.

remy ishak anak pertama
Gambar: Instagram Story Remy Ishak

BACA JUGA: Shuib Akhirnya Bertemu Dengan Adik Miza, Luah Rasa Rindu Pada Arwah Siti Sarah

Tambahan lagi, beliau juga sangat teruja kini bergelar seorang bapa.

“Seperti yang saya maklumkan, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal pagi tadi. Saya bersyukur kerana semua berjalan dengan lancar dan selamat.

It’s a new journey for me sebagai seorang bapa. Doakan semuanya dipermudahkan,” ujarnya kepada Astro Gempak.

Sebelum ini, pasangan tersebut meluahkan keterujaan untuk bergelar ibu bapa.

Perkara itu turut dikongsikan oleh Remy dalam  satu hantaran video.

Dalam klip itu, beliau membawa isterinya ke klinik untuk membuat pemeriksaan berhubung tahap perkembangan kandungan.

“Remy dah nak jadi Daddy la. Ni nak pergi check up dengan doktor. Nervous la tu. Tak sabar nanti nak tengok anak ikut muka siapa,” tulisnya di Instagram.

Tambahnya, dia juga bimbang dengan kesihatan isteri dan kandungan mereka kerana sering mengadu sakit ketika lewat malam.

“Ezza selalu sakit perut malam-malam, merisaukan aku,” katanya.

Untuk makluman, pada 21 Ogos 2021, Remy dan Ezza mengikat tali perkahwinan mereka selepas lapan tahun menjalankan hubungan cinta.

BACA JUGA: Bawa Balik Telekung Ke Korea, Ibu Maryam ‘Durian Kimchi’ Ingin Belajar Solat

Sumber: Astro Gempak

The post Remy Ishak Kini Bergelar Bapa, Isteri Selamat Bersalin Pagi Tadi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*