Lelaki ‘Order’ Makanan Di McD Guna Loghat Negeri Sembilan Bikin Terhibur

loghat negeri sembilan mcd

Lelaki ‘Order’ Makanan Di McD Guna Loghat Negeri Sembilan Bikin Terhibur

Malaysia mempunyai 14 buah negeri dengan keluasan 330,803 kilometer persegi di samping kepelbagaian budaya, adat dan sejarah yang menambah seri dalam menjadikan negara ini sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Di setiap negeri, mempunyai kaum yang tersedia ada dan masyarakat itu juga memiliki loghat yang tersendiri menjadikan ia unik.

Loghat itu biasanya didengari apabila sesama mereka bercakap mengenai sesuatu, dan ia menjadi istimewa disebabkan tidak semua boleh fasih bertutur menggunakannya.

Buat pesanan guna loghat

Walau bagaimanapun tidak salah untuk cuba menggunakan loghat apabila bercakap bersama orang luar, seperti lelaki (@imhaze97) di TikTok yang mencuba membuat pesanan menggunakan loghat Negeri Sembilan.

Dalam video tersebut, ia menunjukkan seorang lelaki sedang seronok berbicara menggunakan loghat memandangkan baru lepas pulang daripada kampung.

Kredit: @imhaze97/TikTok

Dia mencuba untuk menggunakan loghat Negeri Sembilan semasa membuat pesanan di restoran makanan segera, McDonald’s untuk melihat reaksi krew perkhidmatan itu.

Pada awalnya, krew perkhidmatan menerusi mesin itu bercakap dengan bahasa biasa namun lelaki tersebut mula menggunakan loghat membuatkan dia turut mengubah cara percakapannya.

“Bagi Spicy Chicken Mcdeluxe set, sobab nak makan podeh la, air bagi air coke, Air coca cola,” pesannya.

“Bayar pakai cash ya bang,” jawab krew tersebut.

“Boleh, takdo masalah tu aih,” kata lelaki itu sambil tergelak-gelak.

Ketika lelaki tersebut membuat pesanan yang kedua, terdapat sedikit salah faham hingga krew tersebut menjelaskan menggunakan loghat.

“Satu lagi bagi Spicy Chicken Mcdeluxe,” ujar lelaki itu.

“Tadi tu kau order burger podeh en, tu Spicy Mcdeluxe la tu yang cakap tadi,” jelasnya.

Iyo, satu,” jawab lelaki itu.

“Lepas itu, itu ala carte lah,” kata krew.

“Yang satu ni ala carte. Kang banyak-banyak tak terbayar lak kang. Saya bayar kek depan,” tambahnya.

Selesai membuat pesanan, lelaki itu mula menggerakkan kenderaan di bahagian pembayaran.

“Pekat bahasa…”

Mano orang Negeri Sembilan tadi,” tanya lelaki tersebut sambil ketawa.

Wanita itu kemudiannya mengaku bahawa dia adalah krew yang mengambil pesanan dalam loghat Negeri Sembilan itu.

“Dua limo sepuluh sen (RM25.10) ya,” kata lelaki.

“Tiga limo (RM35) la,” jawab wanita itu.

“Tiga limo (RM35) sat, jap jap saya keluarkan duit jap aih,” ujar lelaki itu.

“Keluar bahasa pokat eh,” kata wanita itu 

“Itulah tu, bahasa Negeri Sembilan pulak aih keluar. Saya pakai tangan kiri minta maaf yo, nak rakam la. Tak pernah saya order McD bahasa Negeri Sembilan, first time,” tambahnya.

Kredit: @imhaze97/TikTok

Situasi yang jarang dilihat ini berjaya menarik perhatian ramai dan rata-rata warga maya amat tertarik dengan percakapan loghat tersebut.

Mereka turut mengatakan bahawa loghat Negeri Sembilan antara loghat yang sedap didengari dan mudah faham apabila seseorang menuturkannya.

Lihat video penuh di bawah ini.

@imhaze97

Memang auto kluar bahaso nogori ehh🤣 montang-ii baru balik kg. #fypシ #viraltiktok #raya2023 #foryou #nogorian

♬ original sound – Imhaze97 – Imhaze97

Sumber: @imhaze97/TikTok

BACA: Pemuda Ini Ajar Teknik Nyanyi Cara Afgan, ‘Free’ Je Sambil Duduk Tepi Jalan

The post Lelaki ‘Order’ Makanan Di McD Guna Loghat Negeri Sembilan Bikin Terhibur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*