Replika Wau Bulan Gergasi Dibina Pas Tumbang Akibat Ribut

wau bulan gergasi pas

Replika Wau Bulan Gergasi Dibina Pas Tumbang Akibat Ribut

Replika wau bulan gergasi yang dibina jentera parti Pas di Pasar Kedai Buluh dilaporkan runtuh selepas dilanda ribut kuat pada petang semalam, lapor Sinar Harian.

Kejadian itu didakwa berlaku ketika hujan lebat sedang melanda di kawasan itu.

Seorang individu yang berada kebetulan di tempat kejadian kemudiannya merakam dan menularkan kejadian itu di media sosial.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd Rosman Abdullah berkata, sehingga kini tiada laporan diterima oleh pihaknya berhubung kejadian itu.

Replika itu dipercayai dipasang bersempena dengan kempen pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Sebaliknya, pihaknya hanya menerima beberapa laporan berkenaan kemusnahan kediaman dan pokok tumbang ekoran kejadian ribut tersebut.

“Kita ada menerima laporan kejadian pokok tumbang akibat ribut yang menghalang laluan penduduk kampung dan taman perumahan di dua daerah. Dua daerah itu ialah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

“Kejadian pokok tumbang melibatkan Kuala Nerus di kawasan taman perumahan antaranya Taman Muhajirin 2, Taman Sri Batin dan Taman Muhajirin 4,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Khamis.

BACA: Malaysia Di Tempat Ke-3 Dalam “List” Negara Berkemungkinan Besar Meninggal Di Jalan Raya

Beberapa kawasan dilanda ribut menyebabkan pokok tumbang

Selain itu, laporan mengenai pokok tumbang telah diterima melibatkan beberapa kawasan termasuk Pulau Musang, Taman Sapura Indah dan Taman Semarak.

Beberapa kawasan yang lain ialah Bukit Tunggal, Kampung Balai Maras, Kampung Duyong, Sungai Ikan, Losong Atap Zin, Pantai Putri, Tok Jembal dan Taman Sri Nerus serta Kampung Padang Hiliran, Kampung Telaga Batin, Batu Buruk Kg Tok Jembal dan Gong Kuin, Tok Jembal.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan suasana semasa di negeri tersebut menjelang PRN.

Pembinaan replika wau bulan Pas gergasi itu telah mencuri tumpuan orang ramai di kawasan Marang.

Sumber: Sinar Harian

The post Replika Wau Bulan Gergasi Dibina Pas Tumbang Akibat Ribut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*