Resepi 50 Tahun Guna Dua Bahan, Ini Proses Buat Cendol Guna Kayu Api

cendol kayu api

Resepi 50 Tahun Guna Dua Bahan, Ini Proses Buat Cendol Guna Kayu Api

Apabila menyebut makanan cendol, pasti ramai yang sudah terbayang mengenai keenakan serta kesegaran ketika menjamah hidangan tersebut.

Cendol amat sedap dimakan ketika cuaca panas ataupun individu terbabit kehausan kerana ia boleh melegakan tekak yang kering.

Makanan gerai ini boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat kerana kemanisannya cukup sempurna dengan selera rakyat Malaysia.

Mungkin ramai yang ingin tahu berhubung proses pembuatan cendol  dan berapa bahan yang diperlukan untuk menyempurnakan makanan tersebut.

Untuk yang tidak mengetahui, sebenarnya hanya dua bahan sahaja yang diperlukan untuk membuat cendol yang sedap dan kena dengan cita rasa orang ramai.

BACA: (Video) Lembut & Menyelerakan, Akak Ni Kongsi Resepi Buat Puding Cendol Yang Menyegarkan Tekak

Bahan buat cendol

Melalui perkongsian di laman TikTok oleh pemilik akaun @kakijalae, bahan yang diperlukan hanyalah dua sahaja, iaitu pandan dan beras.

Dalam rakaman sekitar lima minit itu, pemuda tersebut turut berkongsi kepada umum mengenai cara pembuatan cendol yang menggunakan kayu api yang diamalkan oleh penduduk di kawasan Bachok Kelantan.

Penggunaan kayu api itu telah digunakan secara turun-temurun selama 50 tahun dan sehingga kini, ia dijual pada harga 50 kok iaitu, 60 sen satu plastik.

Proses buat cendol

Pada mulanya, daun pandan dan beras tersebut perlu dikisar sebati, kemudian dicampurkan sekali dalam satu bekas.

Kredit: TikTok @kakijalae

Bagi memastikan cendol itu terbentuk dalam keadaan yang cantik dan licin, air campuran pandan dan beras itu perlu ditapis sekali lagi.

“Tapi kerana takut ada hok kasar, kalau ada hok kasar nanti cendol tak jadi licin molek la,” ujar wanita tersebut.

Hijau yang pekat tadi kemudiannya telah bertukar warna menjadi hijau cair setelah dicampur dengan air beras.

Kredit: TikTok @kakijalae

Setelah itu, bahan campuran tersebut diletakkan dalam kuali yang mempunyai fungsi untuk menggaul sehingga ia menjadi cecair yang likat.

Selepas digaul menggunakan peralatan, warna hijau yang sebelum ini cair secara perlahan-lahan bertukar menjadi warna hijau seakan-akan warna daun pisang.

Kemudian, bahan tersebut yang menjadi likat dipindahkan ke dalam bekas yang berlubang di mana bawahnya diletakkan satu bekas yang berisi air.

Ini kerana bahan itu akan dibentukkan dalam satu garis panjang atau lurus seperti kebanyakan cendol dan akan jatuh ke dalam bekas air untuk mengekalkan bentuk tersebut.

Perlu dikacau supaya tidak menjadi keras

Menurut pemuda tersebut, bekas yang berisi air itu merupakan air biasa dan bukan air yang mempunyai ketulan ais atau panas atau suam.

Penggunaan air biasa itu mampu mengekalkan bentuk cendol tersebut dan tidak membuatkan ia berubah bentuk.

Kredit: TikTok @kakijalae
Kredit: TikTok @kakijalae 

Seorang penduduk lelaki di situ menerangkan bahawa cendol di dalam bekas itu perlu dikacau supaya ia tidak melekat sesama sendiri.

Sekiranya dibiarkan dalam keadaan yang lama, ia akan menjadi sejuk dan bertukar menjadi keras.

Biarpun terlihat seperti kaya, cendol tersebut sebenarnya tawar dan tidak mempunyai rasa manis disebabkan bahan yang diperlukan adalah gandum dan tiada gula.

Kredit: TikTok @kakijalae

Setelah siap, cendol tersebut diletakkan dalam plastik dan diletakkan sedikit air supaya ia terlihat lebih menyelerakan dan ia tidak melekat antara satu sama lain

@kakijalae

Cendol Ori Yalutong masak dengan kayu api #cendol

♬ เสียงต้นฉบับ – KakiJalaeนักเดินเท้า – KakiJalaeนักเดินเท้า

Sumber: @kakijalae

The post Resepi 50 Tahun Guna Dua Bahan, Ini Proses Buat Cendol Guna Kayu Api appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*