Resipi Mi Soto Ayam Sizzling, Hidangan Mudah Dan Cepat

Resipi Mi Soto Ayam Sizzling, Hidangan Mudah Dan Cepat

Mi segera merupakan makanan yang sangat biasa dimakan oleh kebanyakan orang. Ada kalanya, ia dimakan ketika seseorang itu rasa malas untuk memasak. Ada juga yang makan mi segara kerana mereka mahu cepat ke kelas ataupun ke tempat kerja.

Mi segara ini pula mempunyai pelbagai perisa. Ada perisa kari, sup, tomyam, mi goreng dan juga mi soto. Disebabkan perisanya yang pelbagai itulah yang menjadikan mi segera ini sebagai makanan kegemaran orang ramai.

Kebanyakan orang kalau masak mi segera, mereka akan menambah telur untuk menjadikan mi segera mereka lebih sedap. Terdapat juga mereka yang menambah bebola ikan, crab stick, sosej dan sayur-sayuran ketika masak mi segera. Semuanya ikut kreativiti dan kerajinan masing-masing.

Kalau nak tahu, mi segera soto juga boleh dimakan dengan ayam sizzling tau! Kalau anda penggemar sizzling hot plate, anda pasti tahu mengenai ayam ini. Resipi yang nak dikongsikan ini akan mengajar anda cara-cara membuat mi soto ayam sizzling ini.

Bahan-Bahan & Cara Membuat Ayam Sizzling

Bahan-bahan yang diperlukan ayam, gunakan bahagian isi, bawang Holland dan bawang putih, daun bawang, air, sos tiram, sos cili dan kicap lemak manis.

Selain itu, bahan-bahan yang lain adalah serbuk lada putih, stok pati ayam dan air tepung jagung. Sebelum anda mula memasak, pastikan isi ayam dipotong kecil-kecil. Bawang Holland, bawang putih dan daun bawang pula haruslah dihiris halus.

Kemudian, barulah anda tumiskan bawang putih dan bawang Holland itu. Tumiskan sehingga ia naik bau dan masukkan pula isi ayam serta daun bawang. Lebihkan sikit daun bawang itu supaya rasanya lebih sedap.

Seterusnya, anda masukkan sedikit air, sos tiram, sos cili dan kicap lemak manis. Masukkan juga serbuk lada putih dan stok pati ayam. Masakkan semua bahan-bahan seketika.

Selepas itu, anda masukkan air tepung jagung dan masak sehingga ia masak sepenuhnya. Setelah siap dimasak, anda boleh letakkan ayam sizzling ini ke dalam bekas yang bersesuaian.

Untuk mi soto pula, anda hanya perlu gunakan mi segera perisa soto. Masak mi segera itu bersama perencah yang disediakan. Apabila ia sudah masak, anda hidangkan mi itu ke dalam mangkuk bersama kuahnya sekali.

Anda boleh letakkan ayam sizzling yang sudah dimasak tadi ke atas mi itu dan anda sudah boleh menjamu selera. Senang kan resipi ini? Anda cubalah!

Sumber: Che Sayang Kitchen

BACA JUGA: Sepantas 5 Saat, Ni Cara Siang Ikan Guna “Chopstick” Mudah Je

The post Resipi Mi Soto Ayam Sizzling, Hidangan Mudah Dan Cepat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*