Resipi Roti Chicken Floss, Mudah Dan Cepat!

Resipi Roti Chicken Floss, Mudah Dan Cepat!

Selalunya, kalau anda beli roti, tak kiralah bungkusan kecil atau yang besar, sempat tak anda habiskan roti itu sebelum tarikh luputnya?

Kalau tak sempat, adakah anda akan terus buang atau tunggu sampai dah berkulat baru buang?

Kadang-kadang, mesti anda akan rasa seperti anda sudah membazir kerana beli roti tetapi tidak makan ataupun tidak habiskan.

Daripada anda buang roti yang hampir luput itu, apa kata anda tukarkan roti biasa itu kepada roti chicken floss? Mudah saja resipi roti chicken floss ini. Cara nak buat pun senang!

Bahan-Bahan

Nak buat roti chicken floss ini tak gunakan bahan yang banyak pun. Anda cuma gunakan roti, cheddar cheese, mayonis, sos cili dan juga chicken floss.

Cara Membuat

Anda mulakan dengan tiga keping roti dulu. Pada lapisan roti yang pertama, anda sapukan mayonis pada permukaan roti. Untuk lapisan kedua pula, anda letakkan sos cili. Kalau anda tak nak pedas, anda boleh letakkan sos tomato.

Letakkan lapisan roti yang mempunyai sos cili itu di atas roti yang disapu mayonis. Lapisan roti yang terakhir tidak perlu letakkan apa-apa dan hanya digunakan untuk menutup lapisan roti disapu sos cili itu saja.

Seterusnya, anda potong bahagian tepi di sekeliling roti. Sekiranya anda tidak mahu memotongnya pun boleh. Kalau anda potongkan bahagian tepi itu, kerak yang dipotong boleh disimpan untuk kegunaan resipi lain.

Selepas anda potongkan bahagian tepi roti, anda potongkan pula roti itu kepada empat bahagian. Selepas itu, ambil sekeping cheddar cheese dan potongkan kepada empat bahagian juga. Letakkan kepingan keju itu di atas roti.

Kalau anda nak habiskan semua lebihan roti anda, anda boleh ulangi langkah-langkah yang dinyatakan itu.

Kemudian, anda bakarkan roti yang telah disediakan menggunakan air fryer. Bakar dengan suhu 160 darjah celsius selama 10 minit.

Apabila roti siap dibakar, anda sapukan mayonis di sekeliling bahagian tepi roti itu. Lebihkan mayonis supaya chicken floss mudah melekat pada roti.

Selepas roti sudah disapu dengan mayonis, anda taburkan atau gulingkan bahagian tepi roti ke dalam mangkuk yang berisi chicken floss.

Apabila semuanya dah siap, anda boleh hidangkan dan menjamu selera! Mudahkan? Selamat mencuba!

@buatoranglapo

Roti Chicken Floss #roti #chickenfloss #resepiroti #resepimudah #reseptiktok #resep #mudahnya #senangnya #fyp #fy #fypage

♬ original sound – buatoranglapo – buatoranglapo

Sumber: buatoranglapo via TikTok

BACA JUGA: Resipi Sandwic Tuna ‘Melt’, Gabungan Tuna & Keju Yang Sedap!

The post Resipi Roti Chicken Floss, Mudah Dan Cepat! appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*