Resipi Sandwic Tuna ‘Melt’, Gabungan Tuna & Keju Yang Sedap!

Resipi Sandwic Tuna ‘Melt’, Gabungan Tuna & Keju Yang Sedap!

Ketika bersarapan, kebanyakan orang pasti akan membeli nasi lemak, mi goreng dan roti canai, kan? Dihidangkan pula dengan air panas seperti air kopi, teh’o ataupun teh.

Tetapi, ada juga sesetengah orang yang tidak bersarapan. Sama ada mereka terlajak tidur, ataupun mereka tidak biasa bersarapan pagi. Ada juga yang bersarapan dengan minum air saja. Cukup ke kalau sarapan air saja?

Kalau anda rasa malas mahu keluar membeli ataupun memasak hidangan sarapan, anda boleh mencuba resipi sandwic tuna melt ini. Jangan risau, resipi ni tak complicated pun. Mari cuba!

Bahan-Bahan

Kalau namanya sandwich, mestilah anda perlukan roti. Anda boleh gunakan beberapa keping roti mengikut kehendak anda. Anda juga memerlukan satu tin tuna, bawang putih, cili padi, daun bawang, bawang holland, keju mozarella dan juga butter.

Cara-Cara Membuat Tuna Melt 

Mula-mula, anda perlu membuat bawang caramalized dulu. Bawang ini akan diletakkan bersama tuna dan keju kemudian.

Untuk membuat bawang caramalized ini, anda hanya perlu panaskan minyak dan masukkan bawang Holland yang telah dihiris. Kalau anda tidak mahu menggunakan minyak, anda boleh gunakan mentega.

Masukkan juga sedikit garam dan gaulkan bersama bawang. Goreng bawang sehingga ia menjadi garing. Selepas itu, angkat dan letakkan di tepi dulu.

Bagi penyediaan tuna pula, tuangkan tuna ke dalam mangkuk. Selepas itu anda perlu hiriskan bawang putih, cili padi dan juga daun bawang. Setelah dihiris, masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tuna sehingga ia sekata.

Seterusnya, anda sapukan tuna itu ke atas roti serta letakkan bawang caramalized yang telah digoreng tadi. Anda taburkan pula keju mozarella di atas bawang dan tutupkan dengan sekeping roti yang lain.

Di atas permukaan roti itu pula, anda sapukan mentega. Kemudian anda masukkan roti itu ke dalam air fryer dan bakar dengan suhu 200 celsius selama enam minit.

Apabila siap dibakar, keluarkan sandwic dan potongkan menjadi dua untuk dihidangkan. Kalau tak nak potongkan pun boleh juga.

Dah siap sandwic tuna melt anda! Kan dah cakap, senang je resipi ini. Selamat mencuba!

Sumber: Che Sayang Kitchen

BACA JUGA: Resipi Mi Soto Ayam Sizzling, Hidangan Mudah Dan Cepat

The post Resipi Sandwic Tuna ‘Melt’, Gabungan Tuna & Keju Yang Sedap! appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*