Masa Tak Sama, Ini Negara Sambut Tahun Baharu Terawal & Terakhir Di Dunia

Masa Tak Sama, Ini Negara Sambut Tahun Baharu Terawal & Terakhir Di Dunia

Setiap kali tibanya penghujung tahun, seluruh dunia pasti akan menantikan ketibaan Tahun Baharu. Kebanyakan negara melakukan countdown untuk mengira detik ketibaan jam 12am yang menandakan permulaan Tahun Baharu pada 1 Januari 2024.

Tetapi, setiap negara di dunia mempunyai zon masa yang berbeza. Kalau nak tahu, saat anda di Malaysia yang sedang menanti tibanya waktu malam, ada kawasan-kawasan di negara lain yang sudah pun menyambut Tahun Baharu!

Terdapat beberapa tempat yang telah menyambut kehadiran tahun 2024 lebih awal daripada negara-negara lain. Bukan itu saja, ada juga beberapa tempat yang menyambutnya lebih lambat daripada yang lain.

Sambutan Tahun Baharu Terawal

Penyambut Tahun Baharu yang terawal adalah beberapa pulau di Lautan Pasifik yang dikenali sebagai Kiribati. Terdapat kepulauan di situ yang dipanggil Kepulauan Line yang terletak di timur International Date Line yang merupakan kawasan pertama yang menyambut Tahun Baharu.

Pulau Kiritimati yang merupakan pulau terbesar di Kepulauan Line itu menyambut Tahun Baharu pada jam 10:00am GMT, iaitu 24 jam lebih awal daripada sambutan Tahun Baharu di Bandar New York, Amerika Syarikat (US).

Seterusnya, negara yang menyusul di belakang Pulau Kiritimati dalam sambutan ini adalah Tonga dan juga Samoa. Kedua-dua negara ini terletak di Pasifik Selatan dan menyambut Tahun Baharu satu jam selepas Pulau Kiritimati menyambutnya.

Sambutan Seluruh Dunia

Susulan itu, sambutan Tahun Baharu yang bermula dari Pasifik ‘dibawa’ pula ke arah barat dan ia disambut dari satu negara ke negara yang lain. Negara seperti New Zealand, Australia, Jepun dan Korea Selatan adalah negara seterusnya yang akan menyambut kedatangan Tahun Baharu.

Setiap negara itu akan menyambut Tahun Baharu satu jam selepas negara sebelumnya menyambutnya.

Sambutan Terlewat

Apabila kebanyakan negara sedang menyambut Tahun Baharu, masih lagi terdapat beberapa kawasan di dunia yang menanti detik tengah malam untuk menyambutnya.

Kepulauan kecil Samoa Amerika dikenali sebagai tempat terakhir di Bumi untuk menyambut ambang Tahun Baharu. Pulau itu akan menyambut Tahun Baharu pada jam 11:00 pagi GMT pada 1 Januari 2024.

Namun, kawasan terakhir yang sebenarnya adalah Pulau Howland dan Pulau Baker yang tidak berpenghuni. Kedua-duanya terletak di US dan ia merupakan kawasan terpencil di tengah-tengah Lautan Pasifik. Ia menyambut Tahun Baharu pada 12:00 tengah hari GMT iaitu 26 jam selepas Kiritimati melakukan sambutannya.

Sambutan Tahun Baharu yang berlaku pada waktu yang berbeza ini akan mengingatkan orang ramai mengenai kesalinghubungan dunia ini dan perbezaan waktu yang dialami oleh warga di seluruh dunia.

Sambutan ini dilakukan menerusi kepelbagaian budaya dan tradisi yang ada di dunia ini dan kebanyakan orang akan berkumpul bersama untuk menantikan hari baharu pada tahun yang baharu dengan penuh harapan.

Tidak kiralah sama ada anda sedang berada di kawasan yang sudah pun menyambut tahun baharu ataupun anda masih menantikannya, marilah menyambut Tahun Baharu ini bersama-sama dan raikannya dengan kegembiraan, keamanan dan juga kemakmuran.

Sumber: Times Of India

BACA JUGA: Cara Mencapai Azam Baru Untuk Tahun Baharu

The post Masa Tak Sama, Ini Negara Sambut Tahun Baharu Terawal & Terakhir Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*