Restoran Mohon Maaf Isu Caj Air Kosong RM5, Dakwa Pekerja Cuai

Air kosong dicaj rm5

Restoran Mohon Maaf Isu Caj Air Kosong RM5, Dakwa Pekerja Cuai

Sebuah restoran di Jalan Pantai Chenang, Langkawi yang terpalit dengan isu caj air kosong RM5 tampil membuat permohonan maaf.

Memetik Sinar Harian, permohonan maaf itu dimuat naik menerusi kumpulan Facebook Langkawi Hari Ini (LHI).

Dalam hantaran tersebut, restoran berkenaan mendakwa insiden tersebut berpunca daripada kecuaian pekerja ketika memasukkan kod pesanan.

Pekerja berkenaan dikatakan tertukar kod pesanan minuman hingga menyebabkan pelanggan dicaj RM5 untuk air kosong.

“Staf kita tersilap masuk nombor kod (1111) Nescafe dan lupa tukar harga asal – nombor kod (CA07) air kosong (System error),” tulis hantaran itu yang dimuatnaik semalam.

Menurut muat naik itu lagi, kejadian itu dikatakan berlaku ketika waktu sarapan pagi pada 21 Disember lalu.

“Untuk sarapan pagi, kita baru bermula pada tempoh cuti sekolah ini dan banyak juga pekerja kita masih baharu.

“Kita mohon maaf atas kesilapan ini, sistem masih baharu untuk pekerja baharu sebab itu boleh tersalah key in.

“Kita akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, restoran berkenaan juga bersedia memulangkan semula lebihan caj yang dikenakan dan meminta pelanggan tersebut menghubungi mereka.

Restoran itu menjelaskan pihaknya hanya mengenakan caj RM1 untuk air kosong dan caj tersebut kekal dari awal operasi sejak 2015.

Beberapa keping resit turut dimuat naik bersama hantaran tersebut yang menunjukkan caj air kosong yang dikenakan kepada pelanggan lain hanyalah RM1.

Pihak restoran berkenaan juga berharap dengan penjelasan tersebut dapat membetulkan salah faham yang berlaku.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial memuat naik satu resit yang mendakwa dikenakan caj RM5 bagi segelas air kosong.

Muat naik tersebut kemudian pantas menjadi viral di media sosial dan membuka ruang perdebatan dalam kalangan warga maya.

Rata-rata mempersoalkan harga yang dikenakan itu dan menyifatkan nilai berkenaan keterlaluan untuk segelas air kosong.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Sinar Harian, Langkawi Hari Ini

The post Restoran Mohon Maaf Isu Caj Air Kosong RM5, Dakwa Pekerja Cuai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*