Rezeki, Lelaki Tak Sangka Temui Wang Kertas Lebih RM200k Tersorok Dalam Dinding Rumah

Temui Wang Kertas Lebih RM200k

Rezeki, Lelaki Tak Sangka Temui Wang Kertas Lebih RM200k Tersorok Dalam Dinding Rumah

Seorang lelaki di Sepanyol temui timbunan wang kertas bernilai lebih RM200k ketika dia sedang mengubah suai rumah lamanya, lapor Firspost.

Toño Piñeiro, tukang rumah di Valencia, terkejut apabila dia menemui enam tabung tin Nesquik yang diisi dengan wang kertas hampir 47,000 pound sterling (RM241,111).

Namun, lelaki itu terpaksa reda apabila sebahagian jumlah wang terbabit hanya berjaya ditukar kepada mata wang semasa.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Pihak bank memaklumkan kepadanya bahawa wang kertas itu telah dihentikan penggunaannya oleh Bank of Spain hampir 20 tahun lalu.

“Saya menghubugi mereka, tetapi mereka memberitahu saya bahawa ia tidak lagi mungkin,” kata Toño kepada Daily Star.

Walau bagaimanapum, Toño berjaya memperoleh £30,000 (RM155,478) daripada sebahagian wang itu dalam pertukaran mata wang yang terkini.

Toño menjelaskan bahawa jumlah tersebut dibayar untuk menukar bumbung rumah yang baru.

Lelaki warga Sepanyol itu berpendapat bahawa tabung yang berisi wang kertas itu disembunyikan di dalam dinding untuk mengelakkan kelembapan.

“Yang terakhir agak rosak, tetapi yang lain tidak,” kata Toño.

Dalam pada itu, Toño mengatakan rumah itu ditinggalkan selama empat dekad sebelum Toño mendapati ia disenaraikan di Facebook dan membelinya.

Jelasnya lagi, dia berkata bahawa dia akan menyimpan beberapa wang kertas terbabit sebagai wang tunai.

Memetik Firstpost, kejadian yang dialami oleh Toño ini bukanlah kali pertama berlaku.

Pada tahun 2008, seorang kontraktor bernama Bob Kitts telah menemui 182,000 dolar Amerika (RM7.83 juta) yang tersembunyi dalam dinding bilik mandi.

Bagaimanapun, dia terpaksa membahagikan wang tersebut dengan pemilik rumah, Amanda Reece dan 21 keturunan ahli perniagaan Patrick Dunne.

Kitts dan Reece telah bertengkar antara satu sama lain selepas Reece menawarkannya 10 peratus daripada jumlah itu, tetapi dia mahu mendapatkan 40 peratus.

Akhirnya, Kitts telah berjaya mendapatkan beberapa ribu dolar sahaja.

Terdahulu, kejadian sama turut pernah berlaku seperti artikel yang ditulis oleh SK beberapa bulan lalu mengenai seorang lelaki di Korea Selatan yang menemukan wang tunai dalam peti sejuk terpakai yang dibelinya dalam talian.

Lelaki tersebut tidak tahu mengenai duit lebih 100 juta Won (RM360,656) yang dilekatkan di bahagian bawah peti sejuk itu dan tercengang semasa melihatnya.

Sumber: Firstpost

The post Rezeki, Lelaki Tak Sangka Temui Wang Kertas Lebih RM200k Tersorok Dalam Dinding Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*