Ridhuan Tee kesal tak dibenarkan jadi panelis forum perdana ehwal Islam di TV1, dakwa stesen tv dapat arahan dari menteri

Pendakwah agama, Profesor Dr. Mohd Ridhuan Tee mendakwa beliau telah mendapat notis daripada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menyatakan dirinya tidak dibenarkan menjadi panelis dalam program Forum Perdana Ehwal Islam di TV1.

Dalam gambar tangkap layar perbualan di group WhatsApp itu, Ridhuan juga mendakwa, arahan itu datang dari Menteri Komunikasi dan Digital, selain mengatakan forum tersebut telah dibatalkan.

“Baru dapat notis dari RTM. Saya tak dibenarkan keluar TV1. Arahan Menteri. Forum Perdana ini batal,” katanya di dalam mesej group WhatsApp sebuah pertubuhan NGO Pintar.

Gambar tersebut turut tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Forum Perdana Ehwal Islam dijadualkan pada malam Khamis, 15 Disember 2022, yang turut memjemput seorang lagi panel iaitu, Datuk Mohd Kazim Elias dan dua moderator iaitu Ustaz Rizal Ramli dan Ustaz Nabil Ahmad.

Walau bagaimanapun, program itu tetap diteruskan tanpa kemunculan Ridhuan Tee dan digantikan dengan Ustaz Harryanto Rizal Rokman.

Sementara itu di media sosial, pelbagai andaian dan spekulasi mula hangat diperkatakan. Ada netizen percaya Ridhuan Tee tidak dibenarkan muncul di program tv disebabkan sikapnya yang terlalu lantang bersuara dan memuat naik hantaran-hantaran di media sosial yang ditujukan terhadap pihak kerajaan.

Selain itu, Ridhuan Tee juga didapati berkempen untuk parti Pas yang juga merupakan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN), pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan balas daripada pejabat Menteri Komunikasi dan Digital, mahupun RTM mengenai dakwaan Ridhuan Tee.

Namun di ruangan komen Facebook Fahmi Fadzil mula dibanjiri dengan pertanyaan netizen mengenai kesahihan dakwaan pendakwah agama berkenaan.

BACA: ‘Bantu pesakit HIV pun dikaitkan dengan pengamal seks songsang, sempitnya pemikiran!’ – Netizen kecam Harakah Daily

Kredit: Thereporter

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*