RMK tumpu projek kebajikan rakyat

KUALA NERUS – Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang kini memasuki separuh penggal pelaksanaan akan memberi tumpuan kepada projek yang memberi fokus kepada kebajikan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tumpuan RMK-12 dan seterusnya tidak akan memberi fokus berlebihan terhadap projek-projek mega.

“Keperluan dalam RMK seterusnya tumpuan kita beralih daripada projek-projek besar kepada projek pendidikan, kesihatan dan kepentingan rakyat termasuk tebatan banjir.

“Kita akan membantu golongan peringkat bawahan (B40),” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan dan pegawai agensi kerajaan Persekutuan Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu beliau memulakan lawatan rasmi pertamanya di Terengganu dengan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan diterajuinya akan memberi keutamaan dalam membantu rakyat dalam program-program Rahmah.

Sehubungan itu, beliau mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua kerajaan-kerajaan negeri termasuk yang diterajui pembangkang demi kelancaran projek berkepentingan rakyat.

“Saya minta semua ketua agensi-agensi kerajaan persekutuan (di negeri-negeri) meneruskan kerja mereka dan mengetahui keutamaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post RMK tumpu projek kebajikan rakyat appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*