Roadtax Percuma Hanya Untuk OKU, Ketahui Cara Dan Syarat Sebelum Memohon

syarat memohon roadtax oku

Roadtax Percuma Hanya Untuk OKU, Ketahui Cara Dan Syarat Sebelum Memohon

Tergolong dalam kelompok istimewa, Orang Kurang upaya (OKU) sememangnya layak untuk diberikan layanan khas berbanding dengan yang lain susulan had mereka terbatas untuk melakukan sesuatu perkara.

Di negara ini, terdapat banyak inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan golongan OKU mendapat hak sama rata seperti penyediaan tempat parkir khas, pengecualian bayaran perubatan dan lain-lain lagi.

Selain disediakan pelbagai pelepasan seperti yang dinyatakan di atas, mungkin ada satu perkara yang korang biasanya terlepas pandang, iaitu pengecualian dan pelepasan cukai jalan buat OKU.

Betul, bagi golongan OKU yang mempunyai kenderaan mereka tidak lagi perlu membayar cukai jalan untuk kenderaan masing-masing.

Untuk pengetahuan, insentif pengecualian fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan bagi kenderaan golongan OKU akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sekiranya layak dan menepati kriteria yang ditetapkan.

Permohonan ini terbuka untuk semua kategori OKU termasuk ibu bapa yang berdaftar dan mempunyai anak OKU serta suami dan isteri yang tergolong dalam golongan OKU.

BACA: Kad Pengenalan Hilang? Ini Cara Nak Buat Permohonan Gantian & Dokumen Diperlukan

Syarat-syarat pengecualian cukai jalan (roadtax) buat OKU

1. Pemohon mempunyai lesen memandu

2. Individu OKU atau ibu bapa atau penjaga atau pasangan telah berdaftar dan mempunyai rekod dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

3. Kenderaan didaftarkan dan dilesenkan atas nama individu OKU.

4. Pengecualian fi LKM sepenuhnya hanya terpakai kepada kenderaan yang diubah suai khas untuk kegunaan OKU atau

5. Bagi kenderaan motor yang tidak diubah suai, pengecualian hanya kepada Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) dan kereta nasional sahaja.

6. Pengecualian juga dipanjangkan kepada kenderaan motor yang didaftarkan atau dimiliki ibu bapa atau penjaga yang berdaftar dan mempunyai anak OKU serta pasangan suami atau isteri yang mempunyai pasangan OKU, dengan syarat individu OKU terbabit juga sudah berdaftar dengan JKM.

7. Hanya untuk satu kereta dan satu motosikal sahaja.

Cara-cara memohon pengecualian cukai jalan OKU

Pemohon mestilah membuat permohonan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi yang pertama kali mendaftar dan bawa borang permohonan cukai jalan, dapatkan di sini.

1. Salinan asal kad OKU dan salinannya.

2. Kad pengenalan beserta salinan.

3. Salinan lesen memandu.

4. Surat wakil dan juga kad pengenalan wakil sekiranya wakil yang hadir ke kaunter.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web JKM atau tekan di sini.

Sumber: MyGov, BERNAMA, JKM (muka surat 27)

The post Roadtax Percuma Hanya Untuk OKU, Ketahui Cara Dan Syarat Sebelum Memohon appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*