Taktik Guna Gam Kuat Terbongkar, Tiga Lelaki Curi Cip Kasino Dipenjara

cip kasino singapura gam kuat

Taktik Guna Gam Kuat Terbongkar, Tiga Lelaki Curi Cip Kasino Dipenjara

Tiga orang warga China dilaporkan dijatuhi hukuman penjara oleh pihak berkuasa Singapura apabila didapati bersalah dalam kegiatan jenayah terancang dengan mencuri cip kasino di salah satu kasino di negara terbabit.

Memetik laporan CNA, mereka telah terbang ke Singapura untuk menikmati percutian dan berjudi.

Pada masa yang sama, mereka merancang untuk mencuri cip kasino apabila ketiga-tiga daripada mereka kalah dalam pertaruhan tersebut.

Taktik curi cip kasino

Modus operandinya adalah dengan meletakkan gam kuat pada tapak tangan mereka ketika bermain kasino. Maka, cip kasino tersebut akan terlekat pada gam kuat yang diletakkan pada tapak tangan dan ia dibawa lari tanpa disedari orang sekeliling.

Salah seorang daripada mereka berkongsi rancangan tersebut bersama dua rakannya yang lain ketika berada di Lapangan Terbang Guangzhou di China.

Dia turut menyerahkan dua botol gam kuat kepada salah seorang rakannya yang mengalami masalah penglihatan dan hanya boleh melihat dengan satu mata sahaja.

Untuk makluman, rakan yang mengalami masalah penglihatan itu perlu menitis ubat mata setiap hari bagi mengelakkan jangkitan.

Melihat perkara ini sebagai satu peluang, botol-botol kosong yang asalnya digunakan untuk mengisi ubat mata digantikan dengan gam kuat.

Tindakan ini dapat mengaburi pihak imigresen dan membenarkan bahan tersebut dibawa keluar melepasi sempadan negara.

Selepas mengaburi pihak imigresen, ketiga-tiga rakan itu memulakan rancangan di Singapura

Ketiga-tiga suspek telah mengunjungi beberapa kasino yang berlainan bagi menjalankan misi mencuri cip kasino dengan teknik gam kuat itu bermula 6 Mac sehingga 11 Mac 2023.

Walau bagaimanapun, salah seorang daripada mereka ditangkap ketika menggunakan teknik ini pada 11 Mac 2023.

Susulan itu, ia menjurus terhadap penangkapan ketiga-tiga suspek di Resorts World Sentosa (RWS) pada hari yang sama.

Secara keseluruhan, mereka berjaya mencuri cip kasino yang bernilai kira-kira $1,575 (RM5264.96).

Ketiga-tiga didapati bersalah atas kesalahan mencuri. Manakala, salah seorang daripada mereka mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu ketika berjudi di bawah Akta Kawalan Kasino.

Selain itu, mereka masing-masing dijatuhkan hukuman selama tujuh, lapan dan sepuluh bulan, bergantung pada jumlah pertuduhan dan nilai cip kasino yang dicuri.

BACA: Permohonan Maaf Pelajar IPTA Tular Menangis Tak Makan Sebab Kafe Tutup

Sumber: CNA

The post Taktik Guna Gam Kuat Terbongkar, Tiga Lelaki Curi Cip Kasino Dipenjara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*