Rumah Abby Choi Bernilai RM41.89 Juta Didakwa Dijual

kediaman abby choi

Rumah Abby Choi Bernilai RM41.89 Juta Didakwa Dijual

Kediaman mewah milik model Hong Kong, Abby Choi didapati telah dijual dengan harga HK$72.8 juta (RM41.89 juta), mengikut sebuah portal hartanah.

Hartanah berkenaan didakwa mungkin salah sebuah hartanah yang menjadi perebutan hingga menjurus kepada pembunuhan model tersebut.

Pada Isnin lepas, ibu kepada mendiang telah menfailkan writ bagi menghalang bekas bapa mentua mendiang anaknya, daripada menjual kediaman tersebut .

Difahamkan, kediaman mewah berkeluasan 1,820 kaki persegi tersebut didakwa dibeli oleh mendiang dengan menggunakan nama bekas bapa mentuanya.

Mewakili pihak mendiang, Cheung Yin Fa meminta mahkamah untuk memutuskan bahawa bekas bapa mentua mendiang anaknya hanya bertindak sebagai penjamin bagi hak milik rumah berkenaan.

Rumah mewah Abby Choi didakwa dijual

Memetik SCMP, keluarga mendiang menegaskan bahawa mereka tidak memiliki sebarang hak untuk menjual atau menjalankan apa-apa urusan perjanjian berkenaan hartanah tersebut.

Writ yang dikemukakan oleh Cheung bertujuaan untuk mengiktiraf mendiang sebagai pemilik sah apartmen berusia tujuh tahun itu. Kediaman tersebut memiliki empat buah bilik tidur dan mempunyai ruangan balkoni.

Cheung juga mahu mahkamah menghalang bekas bapa mentua mendiang anaknya daripada menjual dan melakukan apa-apa urus niaga berkenaan rumag tersebut tanpa pengetahuannya.

Rumah berkenaan dilapor dibeli pada 2019 dengan harga sekitar HK$70 juta (RM40.28 juta) juta. Kos berkenaan termasuk yuran duti setem sekitar HK$3 juta (RM1.73 juta).

Kontrak pembelian rumah ditandatangani tertuduh

Difahamkan, kontrak pembelian rumah itu ditandatangani oleh bekas bapa mentua mendiang sekaligus menjadikannya pemilik rumah itu yang sah. Namun begitu, rumah berkenaan dibeli menggunakan duit mendiang dan pembayaran penuh dibuat pada 2019.

Mendiang dipercayai membeli rumah menggunakan nama orang lain bagi mengurangkan kos duti setem sehingga HK$ 7 juta.

Apartmen tersebut terletak di kawasan kejiranan The Kadoorie Hill. Ia merupakan kawasan yang dihuni oleh komuniti elit Hong Kong.

Antara individu terkenal yang pernah mendiami kawasan tersebut termasuklah bekas pengerusi Akademi Olimpik Hong Kong, Arnaldo de Oliveira Sales, pelakon Leslie Cheung dan selebriti Andy Lau.

Kisah pembunuhan Abby Choi yang mengejutkan banyak pihak

Terdahulu, Abby Choi dilapor telah dibunuh dengan kejam dan anggota badan mayatnya telah dipotong di sebuah rumah di Tai Po pada 24 Februari.

Bekas bapa mentuanya yang merupakan bekas anggota polis didakwa sebagai perancang utama pembunuhan tersebut. Tindakan ganas tersebut didakwa di dorong oleh tindakan mangsa yang mahu menjual kediaman tersebut.

Suspek didakwa bersubahat dengan dua orang anak lelakinya, termasuk bekas suami mendiang dan didakwa atas tuduhan membunuh pada 27 Februari lepas.

Manakala isteri suspek utama didakwa atas kesalahan cuba menghalang proses keadialan mahkamah.

Secara keseluruhan, sebanyak tujuh orang individu sudah ditahan berhubung jenayah tersebut. Menurut SCMP, suspek ketujuh iaitu seorang wanita Hong Kong berusia 29 tahun telah ditahan di Shenzhen, China.

Sumber memaklumkan dia ditahan kerana disyaki membantu salah seorang suspek untuk melarikan diri dari Hong Kong dengan menyediakan bot.

BACA: Ujian DNA Sahkan Bahagian Badan Ditemui Didakwa Milik Abby Choi – Laporan

Sumber: The Straits Times

The post Rumah Abby Choi Bernilai RM41.89 Juta Didakwa Dijual appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*