Safee Sali & Harimau Malaya Ada Dalam eFootball, Sempena Piala Asia

Harimau Malaya eFootball

Safee Sali & Harimau Malaya Ada Dalam eFootball, Sempena Piala Asia

Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali dan pasukan Harimau Malaya secara rasmi telah ditambah dalam permainan video, eFootball 2024.

Penambahan berkenaan merupakan mod baharu yang ditawarkan permainan tersebut sempena Piala Asia di Qatar.

Berita berkenaan turut dikongsikan oleh ERA dan juga portal hiburan moden, MyAksiz di laman X nya.

Menurut MyAksiz, kad pemain Safee Sali ditawarkan sebagai kad epik yang akan diberikan secara percuma kepada para pemain.

“Safee Sali dan pasukan Malaysia akan disertakan secara rasmi di dalam eFootball 2024!

Bersempena dengan kejohanan Piala Asia yang akan disertakan sebagai mod baharu di dalam eFootball 2024, permainan simulasi bola sepak ini akan menyertakan pasukan Malaysia.

“Selain itu pemain legenda tempatan Safee Sali juga akan disertakan sebagai kad Epic yang diberikan secara percuma kepada pemain,” tulis MyAksiz. 

Konami berbesar hati untuk mengumumkan pengumuman mod terbaru itu

Menurut pembangun eFootball, Konami, mod Piala Asia itu ditawarkan menerusi kemas kini terbaharu permainan tersebut.

Mod berkenaan ditawarkan dalam semua platform iaitu Playstation 5, Playstation 4, Xbox series X|S, Xbox One, Windows, Steam, Android dan IOS.

Melalui kemas kini berkenaan juga, beberapa penambah baikan turut dilepaskan kepada pengguna.

Antaranya naik taraf data pemain, grafik, ulasan, stadium serta sinematik dan animasi.

Piala Asia, Malaysia layak secara merit

Terdahulu, Malaysia berjaya melayakkan diri ke saingan bola sepak tertinggi peringkat Asia itu secara merit.

Malaysia bakal memulakan kempen dengan bertemu Jordan pada 15 Januari. Perlawanan berkenaan akan berlangsung di Stadium Al Janoub dengan sepak mula bermula pada jam 1.30 pagi waktu Malaysia.

Skuad kebangsaan kemudian akan turun dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Bahrain pada 20 Januari.

Aksi tersebut mengambil tempat di Stadium Jassim Bin Ahmah bermula 10.30 malam.

Manakala dalam perlawanan terakhir, skuad skuad Kim Pan Gon bakal bertemu gergasi Asia, Korea Selatan pada 25 Januari.

Aksi penutup peringkat kumpulan bagi Harimau Malaya itu juga akan berlangsung di Stadium Al Janoub bermula jam 7.30 malam.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: X/@MYAksiz

The post Safee Sali & Harimau Malaya Ada Dalam eFootball, Sempena Piala Asia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*