Saintis Merancang Mencipta ‘Bayi Angkasa’ Menggunakan Rawatan IVF

Bayi Di Luar Angkasa Lepas

Saintis Rancang ‘Cipta’ Bayi Di Luar Angkasa Lepas Guna IVF

Pakar dilaporkan sedang merancang untuk menghasilkan ‘bayi angkasa’ dengan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in vitro (IVF) di orbit luar angkasa, lapor Daily Star.

Para saintis Britain dilaporkan sedang bekerjasama dengan firma Belanda, Spaceborn United mengenai inseminasi buatan dalam bio-satelit yang mengorbit.

Rancangan itu dibuat bertujuan untuk menubuhkan koloni di luar planet bumi.

Penerbangan ujian pertama dijadualkan akan berlepas dari Kanada dalam masa tiga bulan.

Dr Egbert Edelbroek, dari Spaceborn, berkata: “Matlamatnya ialah manusia akhirnya akan dapat dihasilkan di luar planet dengan cara semula jadi.

Baca; Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Tetapi untuk mencapainya dengan cara yang paling beretika dan optimum dari segi perubatan, kita perlu mengkaji dengan bantuan teknologi reproduktif,” kata Dr Egbert.

Pada mulanya, mereka akan menggunakan sperma dan telur daripada haiwan seperti tikus. Usaha itu disokong oleh Asgardia, sebuah agensi angkasa yang ditubuhkan pada 2016 untuk menubuhkan koloni manusia bukan Bumi yang pertama.

Lembit Opik, Pengerusi Parlimen Asgardia berkata: “Kita mesti mengenal pasti penyelesaian yang mampan secara moral dan biologi untuk kelahiran angkasa lepas atau kita tidak akan sampai ke planet atau sistem bintang.”

Pada 2019, Dr Edelbroek berkata, bayi pertama boleh dilahirkan di angkasa lepas dalam tempoh 12 tahun akan datang.

Bercakap pada Kongress Angkasa dan Sains Asgardia yang pertama di Space Nation, Darmstadt, Jerman. Dr Edelbroek berkata beliau fikir ini akan berlaku menjelang tahun 2031 nanti.

“Ini hanya kemungkinan, buat masa sekarang, di Lower Earth Orbit (LEO). Ia hanya boleh dilakukan berkat daripada prosedur pemilihan yang sangat teliti,” katanya lagi.

Beberapa syarat ditetapkan kepada peserta dalam ujian tersebut telah dibincangkan semasa kongres berkenaan. Antaranya ialah peserta yang sedang mengandung dan kakitangan perubatan.

Selain itu, ia juga termasuk kepada mereka yang pernah mempunyai pengalaman melahirkan dengan sempurna sebanyak dua kali dan mempunyai ketahanan semula jadi yang tinggi terhadap rintangan sinaran radiasi.

“Proses bersalin boleh didorong seperti yang mereka lakukan di klinik IVF setiap hari.

“Perancangan sudah tentu. Cuma ia sedikit sukar untuk merancang proses semula jadi seperti ini jika menghadapi masalah dengan cuaca, atau kelewatan sewaktu pelancaran.

“Kami tidak boleh lakukan ujian hanya pada seorang wanita hamil. Kami sekurang-kurangnya memerlukan 30 peserta yang sanggup untuk turut serta. Tetapi pakar kami percaya, risikonya mungkin pada tahap yang lebih rendah berbanding sewaktu proses kelahiran gaya-Barat di Bumi,” tambahnya lagi.

Sumber: Daily Star

The post Saintis Merancang Mencipta ‘Bayi Angkasa’ Menggunakan Rawatan IVF appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*