Saintis Ramal Dua Pertiga Glasier bakal Lenyap Menjelang Akhir Abad Ini

Saintis Ramal Dua Pertiga Glasier bakal Lenyap Menjelang Akhir Abad Ini

Glasier dunia mengecut dan menghilang lebih cepat daripada yang disangkakan oleh saintis, dengan dua pertiga daripadanya diunjurkan akan lenyap menjelang akhir abad ini, lapor Time.

Pengecutan itu berlaku disebabkan oleh perubahan iklim semasa, menurut satu kajian terbaru yang dilakukan.

Tetapi jika dunia boleh mengurangkan pemanasan global kepada hanya beberapa darjah mungkin akan memenuhi matlamat antarabangsa.

Namun secara teknikal, saintis menyatakan bahawa perubahan itu mungkin tidak akan memberi kesan kepada kehilangan glasier di seluruh dunia.

Kini kebanyakan glasier kecil yang terkenal sedang menuju kepupusan kata penulis kepada kajian itu lagi.

Kajian dalam Jurnal Sains pada hari Khamis telah meneliti sebanyak 215,000 glasier berasaskan darat di dunia termasuk yang berada di kepingan ais di Greenland dan Antartika dengan menggunakan cara yang lebih komprehensif berbanding kajian terdahulu.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Para saintis telah menggunakan simulasi komputer untuk mengira, menggunakan beberapa tahap pemanasan yang berbeza, berapa banyak glasier akan hilang dan berapa trilion tan ais yang akan cair serta bagaimana ia akan menyumbang kepada peningkatan paras air laut.

Dalam senario terburuk, dunia mungkin akan kehilangan 83% daripada glasier dunia menjelang tahun 2100 nanti.

Dunia kini berada di landasan untuk kenaikan suhu 2.7 darjah Celcius sejak zaman pra-industri. Ini bermakna menjelang tahun 2100, dunia akan kehilangan 32% daripada jisim glasier dunia atau sebanyak 48.5 trilion tan metrik ais.

Perubahan itu akan meningkatkan kenaikan paras air laut sebanyak 4.5 inci sebagai tambahan kepada laut yang sudah menjadi lebih besar berikutan daripada air yang mencair dan cuaca panas, kata pengarang utama kajian David Rounce.

“Tidak kira apa berlaku, kita akan kehilangan banyak glasier. Tetapi kita mempunyai kemampuan untuk membuat perubahan dengan mengehadkan seberapa banyak glasier yang kita hilang,” kata Rounce, seorang ahli glasiologi dan profesor kejuruteraan di Carnegie Mellon Universiti.

Kehilangan Glasier adalah berkait dengan penyusutan bekalan air bagi sebilangan besar penduduk dunia. Akan lebih banyak risiko daripada kejadian banjir daripada glasier cair dan kehilangan tempat bersejarah yang dilitupi ais dari Alaska hingga ke Pergunungan Alps.

Kajian terbaru ini menjadi faktor yang lebih baik dalam perubahan bagaimana ais glasier mencair bukan sahaja dari udara yang lebih panas, tetapi air di bawah dan di pinggir juga boleh melambatkan proses pencairan, kata Stendel dan Mottram.

Kajian terdahulu hanya tertumpu pada glasier besar dan membuat anggaran serantau semata dan bukannya pengiraan untuk setiap glasier di dunia.

Dalam kebanyakan kes, angka kerugian yang dianggarkan oleh pasukan Rounce adalah lebih besar dibandingkan dengan angaran kos sebelum ini.

Sumber: Time

The post Saintis Ramal Dua Pertiga Glasier bakal Lenyap Menjelang Akhir Abad Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*