Saintis Terkejut Temui Buaya 5 Sebesar Kaki Jadi ‘Lauk’ Dalam Perut Ular Sawa

buaya dalam perut ular sawa

Saintis Terkejut Temui Buaya 5 Sebesar Kaki Jadi ‘Lauk’ Dalam Perut Ular Sawa

Buaya adalah merupakan haiwan jenis reptilia pemangsa yang berdarah sejuk dan mempunyai kulit bersisik serta rupa yang menggerunkan.

Walaupun buaya merupakan haiwan yang ganas, namun kadang-kala ia juga tidak terlepas daripada menjadi santapan si ular yang kelaparan.

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan sebuah video yang menunjukkan seekor ular sawa Burma telah menelan seekor buaya sepanjang lima kaki.

Video itu telah dikongsikan oleh seorang saintis bernama rosiekmoore di akaun Instagram miliknya pada 1 November 2022.

Ular sawa Burma yang menelan buaya itu dikatakan sepanjang 18 kaki.

Berdasarkan video itu, pada awalnya beberapa orang lelaki dilihat memegang dan memeriksa keadaan perut ular yang dilihat kembung seakan baru kekenyangan.

Kredit Twitter

Mereka kemudiannya telah memotong ular itu untuk melihat objek yang berada di dalam perut ular tersebut. Alangkah terkejutnya apabila mereka mendapati terdapat seekor buaya sepanjang lima kaki berada di dalam perut ular berkenaan.

Kredit Twitter

Ular sepanjang 18 kaki telah buaya lima kaki

Menerusi video itu, ular tersebut dipercayai sudah mati begitu juga dengan buaya yang berada dalam perut ular terbabit.

Video itu telah dikongsikan oleh seorang saintis bernama rosiekmoore di akaun Instagram miliknya pada 1 November 2022.

Video yang dirakam di Florida itu telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 400 ribu tanda suka daripada penonton.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Terdahulu, Siakap Keli pernah berkongsikan sebuah video berkenaan bagaimana cara ular minum air.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, seekor ular dari spesies ular sawa dilihat sedang menghilangkan dahaganya dengan meminum air dari cawan plastik.

Apa yang menarik perhatian adalah, bagaimana cara ular itu minum air tersebut. Ular berkenaan dilihat memasukkan kepalanya ke dalam cawan plastik dan kuantiti air di cawan itu tiba-tiba berkurangan.

Menerusi ciapan muat naik tersebut, ia menyatakan bahawa ular tersebut meminum air di dalam cawan tersebut dengan cara menyedutnya seperti menggunakan straw minuman.

Sumber: rosiekmoore

The post Saintis Terkejut Temui Buaya 5 Sebesar Kaki Jadi ‘Lauk’ Dalam Perut Ular Sawa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*