Sakit Hati Kena “Kick” Dari “Group” WhatsApp, Lelaki Nekad Tikam Kawan Sendiri Sampai Mati

tikam kick group whatsapp

Sakit Hati Kena “Kick” Dari “Group” WhatsApp, Lelaki Nekad Tikam Kawan Sendiri Sampai Mati

Polis Bandung dilaporkan telah menahan seorang lelaki atas kesalahan membunuh rakan sekerjanya kerana sakit hati ditendang keluar daripada kumpulan WhatsApp oleh mangsa, lapor CNN Indonesia.

Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan Baleendah, Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia.

Ketua Polis Bandung Pesuruhjaya Pol. Kusworo Wibowo berkata bahawa kejadian bermula selepas suspek berang kerana ditendang keluar daripada salah satu kumpulan WhatsApp geng motosikal.

“Selepas dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp, suspek menghampiri mangsa sehingga pergelutan berlaku dan suspek mengeluarkan sebilah pisau,” kata Kusworo ketika sidang media si Ibu Pejabat Polis Daerah Bandung, pada Isnin lalu.

Menurut Kusworo, susulan kejadian itu, mangsa telah menerima beberapa tikaman di bahagian dada kiri sehingga menembusi jantung serta lengan dan jari.

“Memang setiap hari dia membawa (pisau) ke mana-mana dan semalam apabila pergelutan berlaku, suspek segera mengeluarkan senjatanya dan menikam mangsa,” kata Kusworo lagi.

Polis Bandung berjaya menyelesaikan kes itu dalam tempoh tujuh jam selepas suspek membunuh mangsa pada Ahad bersamaan 29 Oktober lalu.

“Berdasarkan hasil siasatan di tempat kejadian, suspek berjaya ditahan pada hari yang sama sekitar jam 23.000 WIB,” beritahu Kusworo lagi.

Hasil bedah siasat, mangsa didapati mengalami kesan luka di bahagian kiri dada yang mengakibatkan jantungnya terkoyak.

Kesan daripada koyakan itu telah menyebabkan nyawa mangsa tidak dapat diselamatkan.

“Suspek disiasat mengikut Pasal 351 ayat (3) iaitu penyiksaan hingga mangsa meninggal. Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Pasal 338 KUHP tentang pembunuhan dengan ancaman hukuman penjara sehingga 15 tahun,” akhiri Kusworo.

Bapa Mertua Tergamak Kelar Leher Menantu Sedang Hamil Sampai Mati Hanya Kerana Lapar 

Terdahulu, seorang bapa mertua dilaporkan tergamak membunuh menantunya yang sedang mengandung tujuh bulan hanya kerana kelaparan, lapor Tribunnews.

Suspek berusia 53 tahun mengaku bahawa telah membunuh mangsa yang berusia 23 tahun kerana menghadapi banyak masalah.

“Saya sesak, fikiran gelap,” kata suspek kepada polis.

Mangsa yang sedang mengandung tujuh bulan itu sempat dikejarkan ke hospital, bagaimanapun mangsa tidak dapat diselamatkan.

BACA: Polis Siasat Video Tular “Rider” Gaduh Dengan “Security”

The post Sakit Hati Kena “Kick” Dari “Group” WhatsApp, Lelaki Nekad Tikam Kawan Sendiri Sampai Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*