Majlis Berkhatan Mewah Raih Perhatian, Disambut Meriah Macam Majlis Perkahwinan

Majlis berkhatan mewah

Majlis Berkhatan Mewah Raih Perhatian, Disambut Meriah Macam Majlis Perkahwinan

Sebuah video yang memaparkan majlis berkhatan disambut secara mewah dan meriah telah tular di media sosial Indonesia.

Majlis itu meraih perhatian ramai kerana ia diadakan seperti sebuah majlis perkahwinan dengan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak yang mahu berkhatan dilihat memakai sut lengkap dan gaun.

Video majlis yang disambut meriah itu telah dikongsikan oleh pengguna akaun TikTok bernama @nafismanagement.

“Majlis berkhatan yang disambut seperti majlis perkahwinan,” tulis kapsyen video muat naik tersebut.

Menerusi video berdurasi 52 saat itu, ibu kepada kanak-kanak yang mahu berkhatan itu dilihat keluar dari kereta sambil diiringi oleh beberapa orang.

Pasangan itu telah memilih kawasan luar yang luas sebagai lokasi majlis berkhatan anak lelaki mereka.

Berdasarkan video itu lagi, pasangan tersebut dilihat berjalan bersama anak mereka ke lokasi dan disambut oleh keluarga serta tetamu jemputan.

Kredit TikTok

Dalam pada itu, beberapa orang tetamu juga dilihat memakai pakaian berwarna merah jambu seakan-akan pengiring kepada pengantin.

Lokasi majlis tersebut juga dihias dengan mewah dan meriah seperti resepsi sebuah perkahwinan yang sebenar.

Di penghujung video, acara baling belon ke udara seperti acara perkahwinan turut dilakukan oleh mereka.

Kredit TikTok

Majlis berlangsung di Samarang dan didekorasi oleh perancang perkahwinan

Memetik Wolipop, hasil temu bual bersama pihak yang bertanggungjawab dalam dekorasi majlis berkata bahawa memang benar itu adalah majlis berkhatan dan bukannya majlis perkahwinan.

Iman Firmansyah selaku pemilik Nafis Wedding telah memuat naik video majlis itu di laman TikTok mereka pada 1 November lalu.

“Video itu acara khatan. Kami muat naik pada 1 November 2023. Lokasi khatan di Samarang, Jawa Barat,” katanya kepada Wolipop.

Iman yang bertanggungjawab untuk majlis itu mengakui kagum dengan acara berkhatan yang semewah majlis perkahwinan itu.

“Saya cukup kagum, kerana berkhatan boleh semewah itu dan terasa seperti perkahwinan malah lebih meriah lagi,” akhirinya.

BACA: Piala Malaysia: Ribuan Penyokong Terengganu Gamatkan Stadium Dan Kibarkan Bendera Palestin

@nafismanagement

The real khitanan serasa wedding

♬ suara asli – NAFIS WEDDING GALLERY – NAFIS WEDDING GALLERY

Sumber: Wolipop, TikTok/@nafismanagement

The post Majlis Berkhatan Mewah Raih Perhatian, Disambut Meriah Macam Majlis Perkahwinan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*