Santai Bentang Tikar, Tular Geng Makcik Berkelah Sakan Dalam “Mall”

makcik berkelah mall

Santai Bentang Tikar, Tular Geng Makcik Berkelah Sakan Dalam “Mall”

Sebuah video yang merakam tindakan sekumpulan wanita santai berkelah dalam sebuah pusat beli belah di Indonesia menjadi tular sejak semalam.

Video berkenaan mula mencuri tumpuan warga maya selepas dimuat naik di laman Instagram @sedangrame.

Menurut Tribunnews, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Tangcity Mall, Tangerang.

Dalam rakaman video berkenaan, mereka kelihatan sedang berkelah bersebelahan dengan kawasan tangga.

Lebih mengejutkan, mereka turut dirakam membentangkan tikar dan  juadah-juadah yang dibawa sudah siap dihidangkan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SEDANGRAME (@sedangrame)

Berdasarkan rakaman tersebut, antara juadah yang kelihatan adalah nasi putih, lauk-pauk dan dan beberapa jenis masakan yang lain.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada makanan-makanan yang dihidangkan dibawa daripada rumah masing-masing atau dibeli.

Geng makcik santai berkelah dalam mall, curi tumpuan pengunjung lain dan warga maya

BACA: Macam Sabut Kelapa, Fungsi ‘Kain’ Ini Diletak Di Cerun Bukit Ramai Tak Tahu

Pada satu sisi, video berkenaan juga merakam suasana meriah pertemuan tersebut dengan mereka kelihatan sangat rahmah serta akrab antara satu sama lain.

Malah, kelibat beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain di sekitar lokasi perkhelahan itu juga turut kelihatan.

Keunikan aksi turut membuatkan para pengunjung pusat beli belah ikut tersenyum melihat gelagat mereka.

Pengunjung terpinga-pinga, tetapi terhibur

Ada juga yang terpinga-pinga melihat suasana yang dianggap dangkal dan tidak biasa dilihat dalam tempat tersebut.

Namun rata-rata tidak begitu mengendahkan apa yang berlaku. Mereka juga kelihatan berlalu pergi kemudiannya untuk meneruskan urusan masing-masing.

Walaupun ramai yang menganggap perbuatan tersebut bercanggah dengan norma masyarakat, namun ada juga warga maya yang mengagumi apa yang dilakukan kumpulan tersebut.

Kata mereka, sama ada mereka menyedari atau tidak bakal dicemuh, namun kebahagian dan keceriaan yang ditunjuk kumpulan itu wajar dipuji.

Selain itu, mereka juga memuji kreativiti dan keberanian golongan ‘mak cik’ kerana berfikir di luar kotak dalam mencipta memori berharga.

BACA: Menarik, Lelaki Buta Sejak Lahir Kongsi Gambaran Warna Yang Difahaminya

Sumber: Lingkaran 

The post Santai Bentang Tikar, Tular Geng Makcik Berkelah Sakan Dalam “Mall” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*