Keadaan Suami Kritikal, Amyza Aznan Terpaksa Buat Keputusan Berat

Suami Amyza Aznan kritikal

Keadaan Suami Kritikal, Amyza Aznan Terpaksa Buat Keputusan Berat

Suami kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Khairil Izhar Mohd Nazir dilapor terpaksa ditidurkan selepas mengalami sesak nafas, lapor Sinar Harian.

Perkara itu didedahkan oleh Amyza, 47, dalam satu perkongsian kepada portal media tersebut.

Katanya, dia mendedahkan terpaksa membuat keputusan sukar demi menyelamatkan nyawa suaminya.

Difahamkan, Amyza menandatangani surat keizinan oleh pihak hospital bagi meneruskan rawatan dialisis suaminya itu dalam keadaan ditidurkan.

Menurut pelakon ‘Mat Despatch’ itu, suaminya berkemungkinan untuk mengalami kegagalan organ-organ lain jika keputusan itu tidak dibuat dengan segera.

Walau bagaimanapun, Khairil juga boleh berdepan dengan risiko degupan jantung terhenti jika rawatan tersebut diteruskan.

“Kalau saya tidak bersetuju (lakukan dialisis), doktor kata ia akan merosakkan organ-organ lain tetapi kalau jalani proses dialisis ini pula risikonya tinggi sehingga boleh menyebabkan jantungnya terhenti.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan. Justeru, saya hanya turunkan tandatangan untuk bersetuju dengan rawatan dialisis itu.

“Saya hanya fikir positif kerana doktor memberitahu terdapat ramai pesakit yang berjaya melalui proses tersebut dengan baik,” katanya lagi.

Menurut Sinar Harian, Khairil kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang dipantau rapi oleh pihak hospital.

Jelas Amyza, suaminya itu sebelum ini telah mengalami masalah pernafasan dan tidak boleh tidur dalam posisi berbaring.

“Sebenarnya sudah hampir dua bulan suami saya tidak dapat tidur secara normal kerana tidak boleh bernafas. Beliau tidur duduk, jika tidur secara baring pasti akan sesak nafas.

“Beliau tidak ada penyakit asma tetapi pakar memberitahu suami saya itu mengalami kegagalan buah pinggang yang mana proses aliran darah ke jantung tidak berjalan lancar. Itu yang menyebabkan dirinya sesak nafas,” ujarnya lagi.

Menurut Amyza, keputusan menidurkan Khairil terpaksa dibuat oleh doktor bagi mengurangkan tekanan pada paru-parunya.

Dikatakan, bacaan kadar kreatinin pada buah pinggang Khairil juga terlalu tinggi dan boleh mendatangkan risiko kepada cinta hatinya.

“Pagi tadi hospital telefon saya minta datang ke hospital kerana keadaannya sudah kritikal.

“Saya sampai saja di hospital, doktor sudah tidurkannya (Khairil) untuk mengurangkan paru-parunya bekerja keras. Oksigen beliau memang sudah turun.

“Doktor juga memaklumkan bacaan kreatinin buah pinggangnya mencapai 1,000 yang mana ia sangat tinggi,” katanya.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Sinar Harian

The post Keadaan Suami Kritikal, Amyza Aznan Terpaksa Buat Keputusan Berat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*