Sanusi Dakwa Luar Negara Masih Boleh Akses Akaun TikTok Miliknya

MENTERI Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa akaun TikTok miliknya yang dikatakan sudah ‘dipadam’ masih lagi boleh diakses di luar negara.

Sanusi mendakwa sedemikian menerusi satu kenyataan ringkas di Facebook hari ini.

“Aik, ada siapa-siapa lagi yang dok luaq (luar) negara boleh access jugak akaun tu?” katanya dalam hantaran tersebut.

Difahamkan Sanusi berkata demikian susulan dakwaan seorang individu di ruangan komentar seperti dalam gambar tangkap layar yang dimuat naik bersama hantaran berkenaan.

Komentar individu itu mendakwa halangan (blok) akaun TikTok menteri besar tersebut dikatakan hanya ‘berkuat kuasa’ di Malaysia sahaja.

Gambar: FB Sanusi

“Nampak macam akaun pertama (TikTok asal Sanusi) yang diblok cuma berkesan di Malaysia.

“Kami di Singapura masih boleh akses akaun pertama Datuk Seri (Sanusi),” dakwa individu itu.

Dalam pada itu, Sanusi turut menambah kenyataan di ruangan komentar hantaran berkenaan mengenai akaun TikTok kedua yang dibuat.

“Takpa. Saya update kat account baru. Kalau update kat account lama la ni, ramai yang tak dapat info juga..” katanya.

Semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai dakwaan Sanusi yang mendakwa akaun TikTok miliknya sudah dipadam (blocked).

Sumber: FB Sanusi 

The post Sanusi Dakwa Luar Negara Masih Boleh Akses Akaun TikTok Miliknya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*