Sanusi Utus Warkah Kepada Sultan Selangor, Mohon Ampun & Maaf

sanusi maaf sultan selangor

Sanusi Utus Warkah Kepada Sultan Selangor, Mohon Ampun & Maaf

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa beliau sudahpun mengutuskan warkah memohon ampun dan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor.

Warkah permohonan maaf itu mempunyai kaitan dengan ucapan kontroversi yang dibuatnya dalam satu ceramah baru-baru ini.

“Warkah saya itu didahului dengan merafak sembah memohon ampun dan maaf kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor. Seraya berharap tidaklah timbul kemurkaan Baginda Tuanku Sultan bersabit isu-isu yang sengaja dibangkitkan daripada ucapan itu,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Sultan Selangor dan permaisurinya sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik.

“Selanjutnya saya mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri terus bersemayam di atas singgahsana Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dalam keadaan sihat, sentosa dan penuh kemuliaan.”

Seterusnya, warkah itu juga bertujuan untuk menjelaskan maksud sebenar ucapan yang dibuatnya ketika itu.

Menteri Besar itu turut mendakwa bahawa kenyataan yang dibuat di dalam ucapan itu telah diputar belit oleh sesetengah pihak.

“Saya telah mengutuskan warkah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor, untuk menjelaskan konteks, maksud sebenar dan medan yang tercangkup daripada ucapan…,” jelasnya.

BACA: Ini Maksud “Coordinated Inauthentic Behavior” & Kesannya Kepada Masyarakat

Tambahnya, pihaknya telah dimaklumkan Pegawai Istana Selangor bahawa Sultan Selangor telahpun memberi perkenan untuk menerima dan membaca surat berkenaan.

Walau bagaimanapun, Sanusi berkata beliau tidak berhasrat untuk mendedahkan isi kandungan warkah itu bagi menghormati Sultan Selangor.

“Warkah tersebut tidaklah molek untuk diperturunkan di sini bagi memelihara kemuliaan DYMM Tuanku Sultan dan menjaga adat dan adab berurusan dengan Istana”,

Dalam pada itu, beliau menjelaskan sudah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat PDRM dari Bukit Aman pada 2.00 pagi, semalam.

Keterangan tersebut adalah untuk membantu siasatan atas laporan-laporan yang telah dibuat berkenaan ucapannya baru-baru ini.

BACA: Hidangan Yat Yat Kembali Popular, Di Mana Nak Cari & Boleh Makan Ke? Ini Jawapannya

Sumber: Muhammad Sanusi Md Nor via Facebook

The post Sanusi Utus Warkah Kepada Sultan Selangor, Mohon Ampun & Maaf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*