“Lain Dipancing, Lain Yang Timbul”, Ingat Ikan, Pemancing Terkejut Kapal Selam ‘Timbul’ Depan Mata

pemancing kapal selam

“Lain Dipancing, Lain Yang Timbul”, Ingat Ikan, Pemancing Terkejut Kapal Selam ‘Timbul’ Depan Mata

Sekumpulan pemancing melalui pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan apabila sebuah kapal selam timbul di depan mata sewaktu memancing berdekatan dengan Pulau Jarak di Lumut, Perak baru-baru ini.

Video pengalaman pemancing tersebut dikongsikan menerusi laman facebook Ingsang Merah Fishing Charter by LEBAI MAEL, yang dimuat naik semalam.

Video berdurasi 3.94 minit itu jelas menunjukkan keadaan kapal selam berkenaan yang kelihatan berada di permukaan lautan.

“Pertama kali, admin tengok kapal selam di perairan Pulau Jarak dan kejadian misteri pada pemancing, henjutan yang sangat padu sehingga tidak dapat dikawal…” tulis FB berkenaan.

Salah seorang pemancing yang berada di dalam bot berkenaan merakam detik-detik yang memperlihatkan kapal selam itu melalui kawasan di depan mereka.

Dia juga kendengaran meminta bot mereka tidak menghampir kawasan berdekatan kapal selam itu berada supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.

“Ini bukan ilusi, ini realiti. Ini kapal selam. Ia sedang menuju ke sini (merujuk bot yang dinaiki pemancing),”

Selain itu, pengguna tersebut menunjukkan beberapa buah kapal yang turut berada berdekatan dengan kedudukan kapal selam itu.

Patutlah susah sangat nak tarik, mungkin ‘terpancing’ kapal selam tadi

Pada pertengahan video, perakam video secara berjenakan berkata kapal selam tersebut mungkin lalu dibawah bot mereka sebelum ini.

Katanya lagi, oleh kerana salah seorang pemancing tersebut berdepan kesukaran untuk menarik semula mata kailnya, mungkin barangkali ia tersangkut pada kapal selam berkenaan.

Mereka kemudianya menyambung semula aktiviti memancing seperti biasa. Ketika itu, video merakam umpan salah seorang pemancing sudah pun ‘terkena’.

“Dia memang punya tarik memang padu. Ingatkan ikan, rupanya dia lah ni (merujuk kapal selam).”

Video yang dimuat naik di laman facebook itu pantas menjadi tular dan menarik perhatian pengguna media sosial. Rata-rata turut terkejut dan tidak menyangka dapat melihat kapal selam dalam situasi berkenaan.

BACA: Cara Nak Set “Legacy Contact” Untuk Iphone, Waris Boleh Akses Akaun Jika Pemilik Meninggal Dunia

Sumber: Ingsang Merah Fishing Charter by LEBAI MAEL via Facebook

The post “Lain Dipancing, Lain Yang Timbul”, Ingat Ikan, Pemancing Terkejut Kapal Selam ‘Timbul’ Depan Mata appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*