Sardin Tin Makin Mahal? Wanita Ini Kongsi Resepi Sardin Guna ‘Pressure Cooker’

Sardin sememangnya salah satu lauk popular terutamanya bagi yang ingin berjimat.

Tetapi, ramai yang mungkin tak tahu sebenarnya hidangan sardin ini boleh dibuat sendiri dan pembuataannya juga mudah.

Selain menggunakan ikan sardin, boleh juga mengunakan makerel dan ikan tamban.

Jimat, mudah, bersih dan halal kerana air tangan sendiri. Bukan itu saja, resepi ini juga jauh lebih fresh.

Jom kita sama-sama mencuba resepi homemade yang dikongsikan sendiri oleh Norlela Abdul Lahak ini.

Sardin Homemade

Bahan-bahan:

  • Ikan (2kg)
  • Tomato puri (1 tin)
  • Cili kisar (2 senduk)
  • Bawang kisar (2 senduk)
  • Air asam jawa (1 cawan)
  • Sos cili (1 botol)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Cuka
  • Minyak (untuk menumis)

Cara membuatnya

1. Tumis dahulu bawang kisar dan cili kisar sehingga minyak pecah.

2. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili sos dan tomato puri.

3. Tambah air sehingga menutupi ikan. Lebih pun boleh kerana kuah akan cepat pekat apabila masuk dalam pressure cooker nanti.

4. Masak kira-kira dalam 60 minit, Tulang ikan akan menjadi lembut seperti sardin tin yang selalu dibeli.

Bagi yang tidak ingin menggunakan pressure cooker, anda perlu memasak selama 3 sehingga 4 jam.

Namun, hasilnya tidak begitu cantik jika dibandingkan dengan menggunakan pressure cooker.

Untuk resepi ini, ia dapat menghasilkan sebanyak 5 bekas bagi ikan seberat 2kg. Selamat mencuba!

BACA: Buat Puding Susu Nata De Coco Guna Sukatan Cawan Gerenti Menjadi

Sumber: Norlela Abdul Lahak

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*