Sarung Baju Hijau Putih, Kelibat Tun M Satu Pentas Dengan Pemimpin PAS Curi Tumpuan Ramai

mahathir jaket hijau putih

Sarung Baju Hijau Putih, Kelibat Tun M Satu Pentas Dengan Pemimpin PAS Curi Tumpuan Ramai

Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu program di Kelantan sebentar tadi nyata mencuri tumpuan rakyat Malaysia.

Segak mengenakan baju berwarna hijau putih, Tun Dr. Mahathir turut dilihat berada di atas satu pentas bersama beberapa pemimpin utama parti PAS.

Difahamkan, mantan Perdana Menteri itu hadir dalam program Munajat Rakyat Kelantan Ppakat Pertahan & Amanat Pimpinan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.

Imej-imej negarawan tersebut yang dirakam turut memberikan ucapan juga menjadi tular di media sosial dan menarik perhatian warga maya.

Tun M pakai baju hijau putih, sepentas dengan pemimpin PAS

Selain Tun Mahathir, antara tokoh-tokoh politik lain yang dilihat menghadiri acara tersebut termasuklah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA: Gambar “Oppa” Jin BTS Berpakaian Tentera ‘Selamatkan’ Gadis Daripada Disamun

Dilihat Memakai Jaket Hijau Putih Dalam Majlis Selawat, Imej Tun Mahathir Curi Tumpuan PAS
Kredit: Twitter
BACA: PRN: 108 Calon BN Faham Aspirasi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN di enam negeri akan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Enam negeri yang terlibat dalam PRN ini adalah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Manakala SPR turut menetapkan tarikh penamaan calon di keenam-enam negeri berkenaan pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Kelantan terlebih dahulu membubarkan DUN iaitu pada 22 Jun lepas, diikuti Selangor 23 Jun manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing pada 28 Jun dan Negeri Sembilan pada 1 Julai.

Sebelum ini, keenam-enam negeri tersebut mengambil keputusan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing dan melaksanakan PRN serentak dengan PRU 15.

PRU 15 diadakan pada 19 November 2022 menyaksikan tiada mana-mana gabungan parti politik yang bertanding berjaya memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Menurut Astro Awani, daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, PH berjaya memenangi sebanyak 82 kerusi, diikuti PN sebanyak 74 dan BN 30 kerusi.

Manakala GPS berjaya memenangi sebanyak 23 kerusia GRS sebanyak enam kerusi. Tujuh lagi kerusi dimenangi pakatan atau parti yang lain-lain.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan kemudiannya bergabung dengan BN, GPS, GRS dan beberapa parti yang lain bagi membentuk kerajaan.

Hari ini, kerajaan yang dibentuk menerusi gabungan berkenaan dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan.

BACA: Bang Yongguk ‘Hentikan’ Konsert, Ingatkan Peminat “Maghrib Dah Masuk”

Sumber: Muhyiddin Yassin via Facebook

The post Sarung Baju Hijau Putih, Kelibat Tun M Satu Pentas Dengan Pemimpin PAS Curi Tumpuan Ramai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*