“Saya Datang Daripada ‘Zero’,” Faisal Halim Kongsi Pernah Tiada Duit Beli Kasut Bola

faisal halim kasut bola

“Saya Datang Daripada ‘Zero’,” Faisal Halim Kongsi Pernah Tiada Duit Beli Kasut Bola

Siapa saja yang tidak kenal dengan pemain bola sepak Harimau Malaya, Faisal Halim? Beliau juga dikenali dengan nama timangannya, Mickey.

Pemain bola sepak profesional ini merupakan seorang winger dalam pasukan bola sepak negara. Mesti ramai yang tidak begitau tahu mengenai kisah hidupnya, kan?

Baru-baru ini tular kembali, video temu bual Faisal yang dimuat naik di akaun TikTok Harimau Malaya di mana Mickey menceritakan kisah hidupnya seebelum menjadi pemain bola sepak negara.

“Saya Dari Keluarga Yang Susah”

Sungguh pun nasib seseorang itu telah berubah menjadi lebih berjaya dan kaya, tetapi ia tidak bermakna dia mempunyai nasib yang sama ketika kecil.

Begitu jugalah dengan Faisal Halim yang mengatakan dirinya berasal daripada golongan keluarga yang susah.

“Apabila saya ingin membeli kasut baru atau kasut bola baru, abah tiada duit untuk beli.

“Saya pakai kasut RM15, RM20 pada waktu itu. Bermula darjah enam baru saya pakai kasut yang agak mahal. Itu pun RM40, RM50,” kata Faisal Halim.

Katanya lagi, “Apa yang saya ada sekarang ini bukan untuk saya seorang. Ia untuk keluarga saya, untuk orang kampung saya,” ujarnya dalam temu bual tersebut.

Pemain bola sepak itu menyatakan bahawa beliau tidak perlu untuk mempunyai rasa bangga atau sombong dengan komuniti setempat di tempat kelahirannya.

Hal ini kerana, menurut dirinya itu, beliau merupakan orang kampung yang juga memahami etika penduduk di kawasan itu.

“Saya kena ingat jasa cikgu saya, Sir Sundram dari Akademi Bintang Biru. Tiga orang ini sangat hebat untuk saya,” katanya yang mengenang segala jasa yang telah diberi kepadanya.

Faisal Halim juga berkata, tidak kiralah beliau kini sudah bermain di peringkat yang tertinggi, beliau masih tidak mempunyai rasa bangga.

“Saya tak rasa bangga sebab saya datang daripada zero bukan saya dilahirkan dah pandai main bola, tidak. Saya daripada kosong, susah payah dan titik peluh saya sendiri untuk saya berjaya,” kata Faisal Halim.

Pemain bola sepak Harimau Malaya itu juga sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai.

“Kita perlu menghormati orang, jasa orang. Dan mereka pun berdoa untuk saya. Alhamdulillah, apabila kita berbuat baik dengan orang lain, rezeki kita makin bertambah,” jelasnya.

@harimaumalaya_hm

Dulu saya nak beli kasut bola, ayah tak mampu” #harimaumalaya #demimalaysia

♬ bunyi asal – Harimau Malaya Official – Harimau Malaya

Sumber: Harimau Malaya via TikTok

BACA JUGA: Wan Zack Ajak Peminat Sertai Fenomena Subuh Macam Jumaat

The post “Saya Datang Daripada ‘Zero’,” Faisal Halim Kongsi Pernah Tiada Duit Beli Kasut Bola appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*