Saya Pilih Penjara Daripada Bayar Denda – Abdul Hadi Awang

Abdul Hadi pilih penjara

Saya Pilih Penjara Daripada Bayar Denda – Abdul Hadi Awang

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada hari ini berkata bahawa beliau lebih rela dipenjarakan daripada harus membayar denda jika didapati bersalah atas ucapannya sebelum ini, lapor Astro Awani.

Menurut ahli Parlimen Marang itu, beliau lebih rela menyalurkan wang bayaran denda itu kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) daripada harus membayar denda.

“Saya sedia menunggu untuk dipenjarakan oleh mahkamah dan saya sedia dihukum. Tidak tahu dihukum sama ada penjara atau denda.

“Saya pilih penjara, saya tak mahu bayar denda. Daripada bayar denda, baik beri kepada Pasti.

Pilih MP Arau sebagai pengganti di Marang

“Kalau dihukum, saya dah tak layak jadi Ahli Parlimen… akan ada pilihan raya kecil.

“Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) boleh bertanding di Marang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) pada hari ini di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata bahawa kertas siasatan terhadap Abdul Hadi berhubung kenyataannya telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Ia susulan kenyataan yang dibuat oleh beliau semasa ceramah di markas parti itu di Bakri, Muar, Johor pada bulan lalu.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Beliau kini sedang disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain itu, Abdul Hadi turut dilihat sempat menjawab celahan MP Arau berkaitan hukum melepas tanpa membebaskan dalam perundangan Islam.

Menurut Abdul Hadi, di dalam akidah Islam hanya terdapat dua mahkamah iaitu dunia dan akhirat.

Tambahnya, dalam Islam meletakkan orang yang dituduh tidak bersalah sehingga dibuktikan, namun mereka juga perlu dibicarakan.

Ini kerana dalam kehakiman Islam, tiada konsep melepas dan membebaskan (DNAA).

“Walaupun lepas mahkamah dunia, takkan lepas mahkamah akhirat… orang yang ada iman akan sanggup dihukum di dunia,” katanya.

Sumber: Astro Awani

The post Saya Pilih Penjara Daripada Bayar Denda – Abdul Hadi Awang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*